Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 19, 2023 @ 5:07pm

Redza Rosli ‘Anak Emas’ TV3? – “Terpulanglah…Saya Tak Kisah Pun”

Aktor Redza Rosli, 31, tampil memberi respons apabila ada dakwaan yang mengatakan dia merupakan ‘anak emas’ stesen televisyen TV3 gara-gara sering muncul di program terbitan stesen tersebut.

Redza atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli berkata, dia tidak kisah dengan tanggapan tersebut sebaliknya hanya mahu menghasilkan naskah yang berkualiti.

“Itu terpulang. Saya tak kisah pun bila ada yang kata saya anak emas TV3, saya hanya memilih naskah yang terbaik.

“Ada juga pihak stesen lain yang tawar, saya akan lihat juga karya tersebut, apa yang boleh beri saya kebaikan, mungkin di luar zon selesa saya, apa yang saya boleh bagi lagi. Mana yang terbaik saya mungkin akan terima.

“Kadang-kadang ada tiga empat naskah yang ditawarkan daripada TV3, saya akan pilih juga mana yang terbaik dari segi jalan cerita, nilai murni kepada penonton dan masyarakat. Saya akan menilai terlebih dahulu,” katanya kepada XTRA.

Redza ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta di sebuah restoran di Ibu Kota, pada Ahad.

Ditanya adakah mahu terlalu selektif dalam memilih karya, anak kelahiran Subang Jaya, Selangor itu mengakui perkara tersebut, malah berasa agak tertekan sering diberi jalan cerita yang sama.

“Perkara itu (selektif) perlu ada juga sebab kadang kala saya juga dapat cerita cinta yang jalan ceritanya yang sama. Ia agak tertekan juga pada saya sebenarnya.

“Apa yang penting perlu ikhlas, kita buat persiapan sebagai seorang pelakon, apa yang kita perlu berikan, banyak bertanya dengan orang, jangan takut.

“Sebagai contoh saya pernah buat babak atau dialog tersebut sebelum ini, kadang-kadang mati akal juga, apa yang perlu saya buat pembaharuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, melihat kemunculan bakat-bakat baharu yang semakin rancak, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu dengan mereka.

“Perjalanan awal karier saya juga agak mencabar, bermula dari saya tiada apa-apa, saya belajar dan terus belajar. Kesusahan saya dahulu itu buat saya sedar diri siapa dan dimana saya sekarang.

“Jangan terlalu mendongak ke atas, tak perlu tapi apa yang penting…bakat-bakat baharu perlu duduk bersama ketika di set penggambaran. Ilmu ini sama saja, cara penyampaian itu yang berbeza.

“Saya juga berkongsi juga kepada pelakon lain, bukan sahaja nak memudahkan kerja saya tapi menolong sesama lain. Saya tak pernah lokek ilmu sebab ia bergantung kepada seseorang itu sendiri,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai jangkaan penonton terhadap drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasikan dari drama popular korea Autumn In My Heart, Redza akui sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Sedikit sebanyak ia beri tekanan pada saya juga, kerana jangkaan orang pada drama ini tinggi sebab ia diadaptasi. Jadi dia kemelayuan sedikit mengikut budaya kita yang bersesuaian.

“Bila saya baca skrip, ia tidaklah ikut sepenuhnya cerita asal, ada babak-babak yang perlu ikut, kami buat sahaja. Kalau tidak sesuai, jadi tidak buatlah. Apa yang penting kami lakukan dengan baik.

“Drama ini juga sudah enam negara yang buat adaptasi, seperti apa yang saya jelaskan, kita ikut apa yang bersesuaian. Saya percaya semua pelakon dah beri yang terbaik,” katanya.

Drama Luruhnya Bunga Cinta bakal bersiaran di slot Alasia TV3 bermula 19 September, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam itu turut menampilkan Nabila Razali, Tracie Sinidol, Bella Luna dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Mar 2021

Juri Dedah Punca Kemenangan Lagu Gila & Pemilik Vokal Terbaik Ernie Zakri

Gila memang bawakan kelainan, tampil lebih fresh

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Featured Thu, 4 Sep 2025
Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

Selebriti Mon, 2 Aug 2021

Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli & Ukays Top 5 Artis Lokal

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli dan kumpulan Ukays dipilih oleh peminat untuk memenangi Top 5 Artis Lokal pada JOOX Top Music Awards (Pertengahan tahun) 2021. Selain itu, peminat muzik […]

Featured Wed, 15 Jun 2022
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Featured Fri, 22 Feb 2019
error: Content is protected !!