Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Atiqah Johari September 19, 2023 @ 6:49pm

10 Tahun Kahwin, Min Yasmin Bersalin Anak Sulung Pada Usia Kandungan 30 Minggu – “Ini Memang Bayi Terkejut”

Penyanyi Min Yasmin telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu lalu kira-kira jam 7.49 malam di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.

Memetik laporan mStar, Min menimang bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan dengan berat 800 gram pada usia kandungan 30 minggu.

Kongsinya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kerana dia mengalami tekanan darah tinggi.

“Saya buat pemeriksaan dan mendapati bacaan tekanan darah sangat tinggi. Jadi doktor terpaksa lakukan pembedahan sebab tidak mahu beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Ketika itu pun, jantung bayi agak perlahan. Syukur sekarang semuanya selamat, tetapi bayi masih lagi di bawah pemantauan,” jelasnya kepada wartawan mStar.

Bukan itu sahaja, dia juga bersalin anak pertama itu tanpa suaminya, komposer Julfekar di sisi kerana berada di Filipina atas urusan kerja.

“Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja.

“Bayi ini memang bayi terkejut. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga,” katanya.

Dia juga memaklumkan barangan bayi masih belum lengkap dibeli kerana jangkaan bersalin pada November ini dan nama anak masih belum diputuskan.

“Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hospital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang.

“Nama anak juga belum fikir. Disebabkan bayi lelaki kami akan turut letak Muhammad pada awal nama,” tuturnya lagi.

Untuk makluman, Min dan Julfekar telah berkahwin pada April 2014 dan ini merupakan anak pertama mereka.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Featured Tue, 31 Dec 2024

Mahkamah Beri Kebenaran, Vivy Yusof & Suami Terima Pasport Sementara Tunai Umrah

Pasport diserahkan kepada Vivy , dan Fadzaruddin menerusi peguamnya.

Trending Tue, 9 Jan 2024
Featured Mon, 5 Aug 2024

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Memang satu konsert yang mantap dari Dolla! Fly high Dolla

Trending Wed, 24 Mar 2021
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!