Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 11, 2023 @ 5:35pm

Suka Melabur Emas, Anggap Beli Barangan Mewah Pembaziran… Diana Danielle Tak Kisah Belanja Mahal Untuk Pembelajaran Anak-Anak & Bercuti

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menganggap membeli barangan berjenama mewah sebagai satu pembaziran.

Menerusi siaran langsung di platform TikTok, isteri kepada pelakon sensasi Farid Kamil ini memaklumkan dia tidak menyukai membeli barang jenama mewah, sebaliknya lebih gemar menghabiskan wang untuk pembelajaran anak-anak tersayang ataupun bercuti.

Jelas pelantun lagu Bersama Dengan Rindu ini, dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang menggunakan barang mewah.

“Saya tak pernah dibesarkan dalam keluarga yang menggunakan barang-barang mewah. Ibu saya bukan seorang yang feminine dan dia bukan seorang yang pakai barangan mewah.

“Saya sangat simple, percaya tak koleksi handbag saya tak banyak. Buat masa sekarang, saya tak boleh beli barang mahal.

“Saya boleh berbelanja untuk bercuti, pembelajaran anak-anak, saya sanggup mereka pergi sekolah yang terbaik tak kisah sekiranya yuran kena bayar mahal, berbelanja untuk rumah yang mahal dan selesa.

“Saya suka beli emas tapi bukan barangan kemas lebih kepada pelaburan emas. Saya akan masuk kedai jenama mahal tengok selipar harga RM2,000 lepastu tengok beg harga RM25,000… Dalam hati saya fikir membazirnya.

“Tapi untuk setengah orang, beli barang mahal ini satu kepuasan untuk mereka lepas dah bekerja keras. Cuma saya lemah dengan kasut, saya akan beli kasut mahal dalam satu atau dua, lepas itu beli kasut murah 10 pasang,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Diana dan Farid menjadi buah mulut ramai apabila mereka disahkan bercerai pada 10 Ogos lalu, namun pasangan selebriti ini rujuk semula pada 31 Ogos.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Farid Kamil Hantar Bunga Kepada Diana Danielle Di Set Penggambaran, Tak Tolak Rezeki Bersanding Semula

Artikel Berkaitan: “Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Risau Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya, Rajin ‘Homeschool Di Rumah… Diana Danielle Akui Rapat Dengan Anak-Anak Itu Berkat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Sat, 24 Jul 2021

Tutup Sampai Bahagian Buku Lali, Seragam Skuad Gimnas Jerman Curi Tumpuan

Wow, mungkin negara kita boleh buat macam ni juga…

LIFESTYLE Sat, 8 Jun 2019

Khasiat Tersembunyi Dalam Garam Selain Penyedap Masakan

Garam mempunyai khasiatnya tersendiri dan bukan setakat menjadi penyedap sesuatu hidangan.

Featured Thu, 30 Nov 2023
Trending Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Sheila Rusly Jual Dim Sum Pula?

Wah, boleh lah cuba nanti!

error: Content is protected !!