Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 12, 2023 @ 6:26pm

Bella Dally Kini Aktif Sebagai Penerbit, Isyarat Undur Diri Dalam Dunia Lakonan?

Aktres jelita, Bella Dally yang kini aktif sebagai penerbit menafikan dakwaan dia sudah mengundurkan diri dalam dunia lakonan.

Mengusahakan rumah produksi Ariz Capital Sdn Bhd bersama suami, Arif Izuddin Mohd Radzali, Bella masih menerima tawaran lakonan namun memilih untuk menerima naskhah yang kena dengan jiwanya.

“Saya kini berjinak-jinak dalam dunia penerbitan drama, tetapi masih menerima tawaran lakonan. Ada orang tanya, saya dah tak berlakon ke?

“Mereka tak tahu saya masih lagi berlakon sebab saya jarang keluar di kaca televisyen. Jadi orang ingat saya sudah berhenti berlakon, sebenarnya ada saja.

“Suami sentiasa memberi sokongan tetapi bila baca skrip yang tak kena dengan kehendak saya, saya tolaklah tawaran tersebut,” kata Bella kepada XTRA.

Bercerita mengenai cabang seni baharu yang diceburi bersama suami, Bella mengakui keuntungan sebagai penerbit tidaklah besar seperti yang disangka.

“Saya sanggup untuk menghadapi risiko demi menghasilkan sebuah drama yang berkualiti walaupun tidak mengaut keuntungan. Keuntungan memang tak besar mana. Tapi disebabkan minat, saya dan suami berani berhadapan dengan risiko.

“Saya mahu hasilkan drama dengan naratif yang lebih ‘menyegarkan’ dan terkini, seiring dengan dunia yang moden hari ini. Saya juga suka dengan tema memperkasakan wanita.

“Walaupun saya rasa ia merupakan satu cabaran kerana orang masih suka drama klise yang menangis, suami isteri bergaduh. Tapi ini adalah jiwa saya, women empowerment. Itulah kata kuncinya,” jelas Bella.

Bella ditemui di majlis pelancaran drama terbitannya, Cik Misi 123 di Publika pada Rabu.

Bersiaran di Astro Prima, drama yang dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Bella Dally, Hafreez Adam, Faizdickie dan Safwan Nazri ini mengisahkan tentang konflik dan percintaan antara pelajar serta pensyarah di sebuah kolej kejururawatan.

Untuk rekod, Cik Misi 123 merupakan naskhah kelima terbitan Bella dan suami.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Aisha Retno Pasang Impian Cipta Lagu Buat Asmidar, Mahu Gabung Irama Inang Melayu Moden

Aisha berkata demikian ketika membalas sebuah video memaparkan momen Asmidar menyanyikan lagu penyanyi, Allahyarham Sharifah Aini

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] “Datuk Vida Zaman Muda” – Netizen Kata Wajah Iman Troye Mirip DSV

Ramai netizen kata sama.. Tang mana sama tu agaknya eh? 🤔😅

Featured Mon, 26 May 2025
Featured Mon, 31 Jan 2022
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

#AnggunLife : Jadi Duta Pelbagai Jenama, Amyra Rosli Makin Selesa

Alhamdulillah…rezeki Amyra mencurah-curah sejak kehadiran si comel, Aqeef Anaqi.

error: Content is protected !!