Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2026 @ 12:09pm

Aisha Retno Pasang Impian Cipta Lagu Buat Asmidar, Mahu Gabung Irama Inang Melayu Moden

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meluahkan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu khas buat penyanyi Asmidar yang disifatkannya mempunyai keunikan tersendiri.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata dia menyimpan impian untuk bekerjasama dengan Asmidar menerusi sebuah karya berteraskan irama tradisional Melayu.

“Impian saya nak tulis lagu untuk kak Asmidar. Sudi tak?

“Kita buat inang Melayu, asli tapi sudah tentu ada elemen fusion sedikit mengikut peredaran zaman,” tulisnya.

Aisha berkata demikian ketika membalas sebuah video memaparkan momen Asmidar menyanyikan lagu penyanyi, Allahyarham Sharifah Aini semasa konsert tribute bintang legenda itu yang berlangsung baru-baru ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik idea berkenaan dan berharap kolaborasi tersebut dapat direalisasikan suatu hari nanti.

Tidak kurang juga yang melihat kerjasama itu sebagai peluang untuk mengetengahkan semula bakat dan kemampuan nyanyian Asmidar.

Setakat ini, Asmidar masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap pelawaan yang dibuat Aisha menerusi platform berkenaan.

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Artis Try Hard’, Fizikal & Bakat Dikritik Sepanjang 9 Tahun Dalam Industri, Aisha Retno Kini Lebih Matang Hadap Kecaman – “Saya Dah Lali”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 24 Nov 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022

Sharifah Sakinah Berjubah & Bertutup Litup, Sharifah Shahirah Sempat Buat Lawak – “Aku Rasa Baik Tutup Semualah, Buruk Benar”

Terkenal dengan karakter yang ‘gila-gila’ dan penampilan yang seksi, pelakon Sharifah Sakinah sering dikecam oleh netizen di media sosial. @shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Wed, 6 Sep 2023
Events Wed, 24 Apr 2019

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!推广本地原创好音乐

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!长达7天的音乐活动获旅游部支持,冀增加本地品牌今年的额外收入5000万令吉。

Featured Thu, 5 Jan 2023

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan […]

error: Content is protected !!