Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2023 @ 10:04am

Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Susulan konflik yang berlaku melibatkan anak-anaknya, ibu kepada penyanyi Shila Amzah akhirnya tampil membuka mulut dengan memberi kenyataan mengenai isu yang timbul membabitkan kediaman keluarga termasuklah perihal anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Jumaat, Fauziah kelihatan meluahkan isi hatinya menerusi platform berkenaan.

Malah, dia juga dilihat memerli menantunya yang juga suami Shila iaitu Ubai MZ dan menggelarkannya sebagai ‘orang luar’.

Katanya, dia dan menantunya itu tidak mempunyai perbezaan dek kerana sama-sama menumpang kemewahan orang lain.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri, terim akasih melayan emak begini.

“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki NurShahila, terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.

“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA, kenyataan tersebut telahpun dipadam Fauziah setelah beberapa minit dimuat naik.

Terdahulu, adik lelaki sulung pelantun lagu Patah Seribu ini iaitu Amir Shafiq memaklumkan, ibunya akan tampil memberi kenyataan berhubung isu kontroversi membabitkan keluarga mereka dalam masa terdekat.

Isu tular selepas selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendakwa dia dan ibunya bakal dihalau dari kediaman mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Shila bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi sesi live di Instagram miliknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Aku Ni 13 Tahun Kerja, Luar Dalam Korang Aku Tahu!” – Pengurus Peribadi Shila Amzah Bengang Digelar ‘Balaci’, Label Syafiq Gangster Langat

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Produk Kosmetik Daiso Ditarik Balik Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser. Jangan Guna Lagi!

Jika anda merupakan pengguna tegar produk Daiso kerana harganya murah, sekarang kena berhati-hati kerana terdapat produk yang dikesan mengandungi bahan penyebab kanser.

Featured Thu, 23 May 2024
Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

MYTEEN Announces Sudden Disbandment

Shocking! Wig! Disintegrated! What?!

error: Content is protected !!