Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2023 @ 4:06pm

“Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

Penyanyi popular, Shila Amzah bersikap tenang selepas diminta untuk mengulas lanjut mengenai konflik yang berlaku membabitkan keluarganya.

Menurut Shila menerusi temu bualnya bersama program Melodi, dia sama sekali tidak berasa bangga dengan apa yang diluahkannya menerusi sesi siaran live di Instagram baru-baru ini.

Namun, dia bersyukur sekiranya apa yang disampaikannya itu dapat memberi manfaat kepada individu yang sama nasib dengannya.

“Saya tak bangga dengan apa yang saya cakap dalam live tersebut. Tapi dalam masa sama, seandaianya apa yang saya luahkan tu dapat memberi manfaat kepada yang senasib dengan saya, syukur alhamdulilllah. Mungkin awareness ni dapat diketengahkan lagi.

“Saya seorang yang sangat suka fikir positif sampai saya tak sangka ia boleh jadi toksik positiviti pada saya. Sebab saya selalu fikir perlu lalui dulu perkara ni nanti kerana pasti ada jalan keluar. Apa lagi benda yang saya boleh fikirkan? Selagi ada pengharapan… kalau tak macam mana nak survive,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Selain itu, Shila juga tidak menyangka konflik yang berlaku membabitkan keluarganya mendapat perhatian ramai.

Bahkan, dia reda dengan ketentuan takdir memandangkan dia juga terbuka berkongsi mengenai perkara itu setelah bertahun-tahun memendam perasaan.

“Untuk di usia sebegini, lebih baik kita berbincang dengan cara baik dan tidaklah sampai bermusuhan dan mengeluarkan kata-kata tak baik dan tak elok. Saya sebenarnya tidak mengharapkan perkara ini menjadi seperti ini dan saya tak pernah sangka pun dalam hidup saya akan jadi seperti ini.

“Kalau saya nak benda ni terjadi, lama dah benda ni jadi tapi saya pun tak tahu tiba-tiba hati saya terbuka untuk menjadi terbuka setelah bertahun-tahun lamanya saya tak cakap apa-apa. Sebab end of the day, hal family kita patut kita simpan sendiri tak kira buruk atau baik itu tetap darah daging kita. Saya pun dah cuba sehabis mampu saya tapi itulah dia. Benda ni Allah taala dah takdirkan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Tambahnya, dia sudah melakukan yang terbaik termasuklah berbincang dan bertanyakan mengenai isu rumah dan sebagainya, namun pihak keluarga tidak memberikan kerjasama.

Malah, pelantun lagu Patah Seribu ini tidak menolak kemungkinan untuk berjumpa dengan ibunya, Fauziah Sarman untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

“Pernah cuba banyak kali. Ye lah family kan? Takkan lah kita tak cakap dulu, berbincang dulu tapi bila, yang lain-lainnya tidak memberi kerjasama maka saya terpaksalah membuat keputusan sendiri tapi untuk memberikan kehidupan yang lebih baik. 

“Secara logiknya saya dah sampai tahap di mana kesabaran saya dan kehormatan saya dicabar dan tercabar. Untuk isu ni sama juga, tak ada siapa yang kena halau tak ada isu langsung saya halau darah daging sendiri. Tak ada siapa nak hidup dalam keadaaan begini begitu lama. 

“Jadi saya harap, Allah bukakan pintu hati mereka, bukakan minda supaya betul-betul berfikir dalam apa jua yang mereka katakan sebab apa-apa yang kita tudung jari dekat orang lain akan jadi dekat diri kita,” ujarnya.

 

Sekadar info, Shila dan adik lelakinya, Amir Syahir merupakan peserta Famili Duo musim ketiga (FD3) yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 Malam di TV3.

Famili Duo boleh ditonton dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Accused Of Chasing Clout Using BLACKPINK Rosé’s Picture

Maybe he was just being a fanboy trying to show his support for his idol, but maybe BLINKS took it too far?

Trending Thu, 26 Dec 2019

Jangan Lihat Gerhana Matahari Guna Mata Kasar

Ingat ya guna kaedah yang betul dan selamat

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Biar Betul Jihan Muse Caras Janna Nick?

Jihan Muse sebagai rakan pengacara Ajak, pastinya Jihan mampu mencuri perhatian penonton dengan lawak dan sikapnya yang kelakar.

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).