Euforia Bola 2026
Acara By: Afiq Kandi October 17, 2023 @ 8:53pm

Pertunjukan Fesyen Navarasa Inspirasi Saree, Raihkan Warisan Malaysia

Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala. Acara in, yang berlangsung selama beberapa hari, menghimpunkan peminat fesyen, artis, dan penggemar budaya untuk meraikan warisan Malaysia yang kaya.

Kemuncak besar ini, menampilkan pertunjukan fesyen yang memukau yang menggabungkan tekstil tradisional Malaysia dengan rekaan fesyen kontemporari yang dinspirasi oleh Saree. la merupakan satu persembahan warna-warna yang hidup, corak yang rumit, dan kemahiran yang cantik, di mana 44 model mempersembahkan sejumlah 77 penampilan menakjubkan hasil daripada 11 pereka yang terinspirasi oleh pelbagai budaya Malaysia.

Saree Malaysia, yang dihasilkan dengan teliti daripada Batik, Songket, dan Sutera Malaysia, meniadi lambang yang mendalam terhadap warisan budaya Malaysia. Ciptaan ini tidak hanya mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya negara in, tetapi juga berperanan sebagai medium ekspresi seni.

Acara ini bertujuan untuk mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya Malaysia melalui rangkaian bengkel dan pertunjukan fesyen kemuncak. Usaha ini adalah untuk memperkasakan bakat artis tempatan, mendidik orang ramai, dan mencipta platform bag pereka untuk mempersembahkan kreativiti mereka sambil menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden. la juga bertujuan untuk menarik peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang ramai untuk mempromosikan pertukaran budaya, menyokong arts tempatan, dan menggalakkan penglibatan komuniti

Selain itu, Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa bukan sahaja untuk mempromosikan kelestarian budaya tetapi juga mempekasakan artis tempatan, pereka, dan penenun. Melalui Anugerah Pengiktirafan Pereka, dimana pemenang akan diumumkan semasa kemuncak acara untuk mengangkat individu berbakat in dan menyokong kelestarian kraftangan tradisional.

Anugerah ini terdiri daripada tiga kategori:
* Anugerah Pereka Bahuru: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik
Pemenang: Naresh Yempati
* Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif
Pemenang: Kesheen Ragunathan
* Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik Warisan Malaysia Terbaik
Pemenang: Munir Yahya

“Pertunjukan Fesyen ini bukan hanya tentang fesyen tetapi ia adalah satu refleksi mendalam identiti budaya kami, sebuah gerakan budaya, satu bukti semangat kekreatifan yang berterusan, dan demi member penghargaan kepada arts yang menenun kepelbagaian warisan kami,” kata Bkay Nair, Pengarah Bkay Nair Resources.

“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan ole UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara kita di peringkat global, dan juga mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Paris dan seluruh Eropah. Kami bertujuan untuk memulakan perbincangan antarabangsa yang menonjolkan keunikan tekstil Malaysia, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan kami yang kaya di peringkat global,” Bay menyimpulkan.

Acara berkenaan dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akbar Khan; Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia Wilayah Tengah, Sufian Zainuddin dan Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar (Kebudayaan MOTAC), Datin Salida Ibrahim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 15 Mar 2018

Noh Salleh, Bunkface, SonaOne, Kugiran Masdo, Nabila Razali Bakal Gegarkan Pentas Konsert Gegaria Fest Ipoh. Gerenti Happening!

Berita baik untuk semua, Gegaria Fest kini kembali lagi menggegarkan hujung minggu anda!

Acara Fri, 14 Sep 2018
Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Mon, 25 Jun 2018

Promosi Filem Pulang Di Pavilion Kuala Lumpur Happening!

Membayangkan detik cemas dipukul ombak di tengah lautan tanpa mengetahui setinggi dan sebesar mana gelombang ombak, menuntut imaginasi besar buat Remy.

Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

error: Content is protected !!