Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 18, 2023 @ 12:31pm

Nama Bapa Dijadikan Bahan Gurauan, Azmi Saat Akui Tak Tersinggung – “Jihan Ada Minta Maaf, Cuma Kena Belajar…”

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat tidak tersinggung terhadap gurauan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad di program nyanyian hiburan berlangsung pada Ahad lalu.

Pada konsert minggu keempat itu, Azmi menjadi rakan duet kepada penyanyi, Azharina membawakan lagu Pupus.

Ketika siaran berlangsung, Jihan bertanya kepada Nabil soalan teka teki mengenai berapa saat diperlukan untuk 1 minit.

Bukan itu sahaja, Jihan juga bertanya kepada Azmi bagaimanakah dia datang ke program tersebut.

Dek kerana perbuatannya itu, nama Jihan hangat menjadi sebutan ramai di media sosial apabila menggunakan nama bapa Azmi Saat sebagai gurauan, serta seolah-olah tidak menghormati golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Azmi Saat

Menerusi sebuah video temubual di Instagram portal hiburan, Azmi berkata dia mengenali Jihan dan Nabil yang kuat bergurau, justeru isu tersebut tidak menjadi satu masalah kepadanya.

“Waktu mula-mula Jihan cakap tu saya ada dekat backstage, baru nak masuk saya dengar.

“Saya dah agak dah, ‘ini bahaya ni’ saya kata. Sebab pernah jadi kes sebelum ni kan bila nama ayah tu dipermainkan memang jadi kecoh la.

“Dalam hati saya tak ada rasa marah, saya kenal Jihan tu macam mana kan. Jadi saya tak marah.

“Perkara tu pun semua orang tahu biasanya tak boleh buat main nama ayah. Saya dengan Jihan tak ada rasa marah, dia pun ada mesej saya minta maaf dan saya cakap dengan dia jangan risau, rak ada masalah,” katanya.

Namun begitu, Azmi berharap pengacara duo terhebat itu akan mampu belajar membezakan tahap gurauan yang tidak terlelau sensitif, terutamanya golongan OKU dan penonton.

“Cuma kena belajar juga lah gurauan seperti itu agak sensitif. Setiap orang bangga dengan nama ayah dia, jadi kalau kita buat main nama ayah tu orang tak suka.

“Sebenarnya gurauan sepeti itu kalau dengan orang yang kita kenal tak jadi masalah, contohnya macam saya dengan Nabil.

“Tapi tak boleh saya nafikan bila dia jadi pada public tu memang ada masalah sedikit sebab saya rasa orang ramai tak suka bila OKU dipermainkan,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Aksi Jihan Muse Ajar Nak Mengaji Al-Quran, Siap Dengan Hukum Tajiwid Yang Betul Buat Netizen Teruja

Artikel Berkaitan: Azmi Saat Kongsi Berita Gembira, Isteri Kini Hamil 7 Bulan – “Habit Dia, Suka Sangat Tidur Atas Lantai”

Kredit: officialhlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 May 2025

“Sedihnya Hidup.. Tak Ada Bibik Macam Artis Lain” – Tyra Kamaruzzaman Terhibur Dituduh Tak Mampu Bayar Pembantu

Tyra hanya ketawa dan secara bersahaja mempersoalkan logik pemikiran individu itu

Featured Fri, 8 Sep 2023

Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Wahh support cinta hati! ❤️‍🔥❤️‍🔥

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

[VIDEO] Fattah Amin Request Irfan Haris Nyanyi Lagu ‘Wanita Terakhir’ Bersama Amira Othman 

Irfan Haris ajak Fattah Amin berduet sekali bersama Amira Othman

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

大马爵士女伶May Mow推首张个人专辑!1206办个人售票演唱会

大马新生代爵士女伶May Mow媚毛出道13年终推首张个人专辑!同时也在记者会上宣布将举办演唱会,齐邀大家见证她音乐路上的点点滴滴。

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Sweetnya! Luar Biasa Sungguh Ucapan Hari Jadi Nabila Huda Kepada Suami

Saat kita pertama kali jumpa, saya dapat lihat betapa kelakarnya awak. Dan selepas itu saya sedar, wujud seorang lelaki berhati baik, penyayang dan pelindung.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Catriona Ross Berbesar Hati Dipuji Dr Amalina?

Memilih gaya hidup yang sihat, pelakon Catriona Ross membuktikan dengan usaha yang berterusan dalam melakukan senaman dan menjaga pengambilan makanan, mampu menurunkan berat badan tanpa mengambil sebarang pil kurus. Dr Amalina memuji usaha yang dibuat oleh pelakon itu……..

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

13 Tahun Menunggu, AKHIRNYA Gol & Gincu Vol 2 Ke Layar Perak!

Masih dengan tema persahabatan dan memperkasakan wanita, Umi memberitahu filem ini merupakan suara muda generasi kini!

error: Content is protected !!