Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2023 @ 7:19pm

[VIDEO] “Hati Dia Keras, Hampir Menolak Ritual Keagamaan Namun Berjaya Apabila…” – Sabri Yunus Kongsi Perjalanan Angeline Tan Masuk Islam

Pelakon popular sitkom Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus berkongsi perjalanan isteri tersayang, Angeline Tan memasuki agama Islam.

Menerusi temubual bersama radio Gegar, Issey bertanya kepada Sabri bagaimana dia menyakinkan Angeline untuk menukar agama.

“Macam mana menyakinkan Angeline untuk convert dan menjadi isteri kepada Sabri?,” soal Issey.

Sabri berkata Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan seorang yang amat keras hati serta tidak berpegang teguh atau terikat dengan kepercayaan mana-mana agama.

“Angeline adalah seorang manusia yang sangat keras hatinya, hampir menolak ritual-ritual keagaman dan sebagainya atas pengalaman yang dilaluinya membuatkan dia rasa keseksaan atau tekanan hidup.

“Pengalamnnya itu membuatkan dia percaya bahaya Tuhan tak boleh membantu. Walaupun hatinya keras, namun tidak susah sebenarnya untuk saya memahami seorang Angeline Tan sebab dia bukan berpegang teguh kepada mana-mana agama.

“Dan dia juga mempunyai keperibadian yang baik dimana dia menerima semua nilai agama untuk kebaikan, cuma ada yang tak percaya.. Sebenarnya lebih senang untuk orang seperti ini memeluk Islam,” katanya.

Sabri Yunus

Cari Pendakwah Yang Selit Unsur Dalil Dalam Hujah

Berkongsi lebih lanjut, Sabri menjelaskan caranya menyuntik rasa cinta terhadap Islam kepada Angeline adalah menerusi ceramah-ceramah daripada pendakwah yang menyelitkan unsur dalil.

“Minta maaf cakap kebanyakan pendakwah memberi ceramah untuk orang Islam, jarang intipati mereka memberi hujah secara terbuka yang orang bukan Islam boleh dengar dan fahami.

“Justeru, saya tidak mengambil pendekatan Ustaz, sebaliknya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengenalkan Islam kepada Angeline. Saya harus pergi kepada keindahan Islam dalam konsep ketuhanan terutamanya. Semua agama mempercayai bahawa Tuhan adalah yang satu, cuma konsep kepercayaan sahaja berbeza.

“Soalan yang ditanya daripada orang bukan Islam tidak akan sama dengan orang melayu Islam, berbeza. Bila orang bukan Islam bertanya sesuatu dia nak tahu dengan lebih mendalam.

“Jadi kita kena beri hujahan dengan bukti untuk dia faham sebab tu saya banyak mendedahkan dia kepada penceramah di YouTube yang memberikan bukti hujah dan dalil supaya boleh dia menerima dan melekat,” ujarnya.

@gegar.my

Sabri Yunus kongsikan momen masa Angeline Tan menerima untuk masuk Islam 🤍 #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Sebelum ini, Angeline berkongsi cara suami tercinta, Sabri melamarnya untuk menjadi isteri, malah mendedahkan hubungan mereka mula bertaut ketika muncul dalam sitkom Tanya Sama Pokok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mula Terbuka Hati Lepas Sebulan Bekerjasama Dalam Sitkom ‘Tanya Sama Pokok’, Angeline Tan Kongsi Cara Sabri Yunus Melamar – “Saya Tak Perlu Berpura-Pura…”

Terdahulu, Sabri meluahkan rasa kesal apabila pernikahannya bersama Angeline dituduh tidak sah dan berzina apabila lafaz ijab kabulnya didakwa tidak sempurna.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pendakwah Dakwa Ijab Qabul Sabri Yunus, Angeline Tan Tidak Sah & Dituduh Berzina, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Letak Hukum Atas Dasar Kebencian Semata”

Artikel Berkaitan: Dituduh Berzina & Didakwa Tidak Sah, Dr Maza Perjelas Isu Akad Nikah Sabri Yunus & Angeline Tan -“Jangan Jadikan Benda Ni Terlalu Rumit”

Artikel Berkaitan: “Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Aktres popular dengan watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu memeluk Islam pada 26 September lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline sah mendirikan rumah tangga pada 14 October 2023 di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis.

Mereka diijabkabulkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sebelum ini, Sabri bergelar duda selama 16 tahun selepas kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusof akibat kanser pada 2007, mereka dikurniakan tiga anak.

Artikel Berkaitan: Sara Ali Kongsi Proses Percintaan Sabri Yunus & Angeline Tan – “Kesabaran Dan Effort Dia Nak Tambat Hati…”

Artikel Berkaitan: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Kredit: Gegar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja

Trending Sat, 12 Jun 2021

Rapper Malaysia, Indonesia & Singapura Bergabung Dalam ‘Orang Lain’

Penyanyi rap Indonesia, A. Nayaka muncul berkolaborasi dengan rapper Malaysia, SonaOne dan rapper Singapura, YHB Sleepsalot dalam single baru yang berjudul Orang Lain. Bercerita mengenai kerjasama tiga negara itu, Nayaka mendedahkan yang kisah sebalik penyatuan […]

Trending Fri, 9 Aug 2019

Viral Gambar Ikan Gergasi Dijumpai Mati Di Sabah

Dipercayai Spesis Berasal Dari Amazon

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Saya Tidak Pernah Ada Niat Menipu ’- Fattah Jawab Dakwaan Stokis MRP

gi membersihkan namanya, Fattah tampil bersama peguamnya, Encik Fakhrul dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors dalam sebuah sidang media hari ini.

Trending Mon, 3 Feb 2020

Netizen Dedah Kisah Sebenar Disebalik Mayat Lelaki Yang Ditemui Di Sebuah Rumah Bersama Sekeping Nota ‘Misteri’

Rupanya ada ‘kisah seram’di sebalik penemuan mayat lelaki di Tg Karang ni..