Selebriti By: Atiqah Johari October 26, 2023 @ 2:22pm

“Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

Penyanyi popular Shila Amzah memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai proses pindah rumah adik-beradiknya dari rumah miliknya di Hulu Langat, Selangor.

Memetik laporan mStar, Shila menyatakan kini dia lebih selesa untuk melihat adik-beradiknya dari jauh dan memilih untuk berdiam diri selepas konflik yang terjadi.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Memori Tercipta ini turut berkongsi bahawa keluarganya itu mencari kediaman baharu tanpa memberitahunya.

“Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri.

“Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shila memaklumkan bahawa dia akan tetap meneruskan untuk menjual rumah tersebut selepas ia benar-benar kosong.

“Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.

“Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok.

“Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum,” jelasnya.

Untuk makluman, Shila dan adiknya Syahir Amzah sedang bersaing dalam musim baharu Famili Duo yang sedang hangat bersiaran di TV3.

Jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad jam 9 malam dan strim secara HD di Tonton.

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Shila Amzah Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Ini Respons Sophia Albarakbah – “Hebat Netizen Kita…”

Artikel Berkaitan: ‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

Artikel Berkaitan: “Biar Masa & Jodoh Menentukan…” – Shila Amzah Bakal Jumpa Ibu Selepas Isu ‘Panas’ Reda

Artikel Berkaitan: “Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Thu, 9 May 2024
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Malam #BaikSemula Program Istimewa Dedikasi Kepada Wira Negara

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada […]

Kisah Viral Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini.

Trending Fri, 30 Jul 2021