Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 29, 2023 @ 7:43pm

Anuar Zain Hilang Suara Sebelum Konsert, Terpaksa Guna Nebulizer Demi Puaskan Peminat! – “The Show Must Go On”

Penyanyi popular Anuar Zain tetap menghiburkan kira-kira 8,000 penonton walaupun berdepan masalah kesihatan di konsertnya, Anuar Zain 40th Anniversary (AZ40), semalam.

Menurut Anuar, dia mengakui berasa sedikit hampa apabila mengalami demam dan batuk yang teruk sehingga kehilangan suara seminggu menjelang konsertnya.

Namun tetap memberikan yang terbaik demi kepuasan peminat yang hadir.

“Saya tak cari untuk hilang suara, saya tak cari pun demam, tapi kalau benda nak jadi, ia tetap terjadi juga.

“Saya sangat kecewa, ada beberapa lagu saya tak capai sebaiknya. Saya hilang suara saya sepenuhnya, sesi latihan pun terjejas.

“Semangat saya sangat kuat pada malam ini, apa pun yang jadi ‘the show must go on’. Tetapi sebelum itu saya beritahu diri saya bahawa tidak mengapa.

“Saya juga perlu maklumkan kepada penonton mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita usai konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Sabtu.

Kongsi Anuar lagi, dia terpaksa menggunakan nebulizer sepanjang konsert yang berlangsung selama dua jam itu agar mendapatkan kembali nafasnya.

“Ia terjadi tiba-tiba, kita juga tidak sangka. Saya mengalami batuk dan demam serti suara saya hilang selama 3 hari.

“Saya ada berjumpa pakar dan dia berikan beberapa ubat kepada saya untuk membantu saya buat persembahan pada malam ini. Kalau tidak, saya langsung tiada suara.

‘Tetapi Alhamdulillah, doktor juga sarankan saya guna nebulizer, sebab itu ketika persembahan pun saya gunakan nebulizer itu. Kalau tidak, memang suara saya tiada.

“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya gunakan alat bantuan tersebut,” kongsi Anuar.

Biarpun cuaca hujan dan kesesakan lalu lintas tidak menghalang peminatnya untuk memberi sokongan pada malam penuh indah itu.

Antara lagu-lagu hits yang dipersembahkan Anuar pada malam tersebut adalah, Bila Resah, Mungkin, Cinta Tak Berakhir, Ajari Aku, Lelaki Ini dan banyak lagi.

Konsert yang menyaksikan empat dekad Anuar dalam industri seni itu turut dihadiri beberapa kenalan selebriti seperti kakaknya sendiri, Ziana Zain, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Rozita Che Wan dan anak saudaranya Ernie Zakri dan suami Syamel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Trending Sun, 7 Oct 2018
Trending Thu, 3 May 2018

下雨她来不及收衣…楼上窗户伸出两把伞

很多人都有这样的经验,在阳台晒衣服,忽然一阵大雨,来不及收,衣服被淋湿,于是又要重洗了。不过,中国浙江最近出现一个温馨的画面,有一名老翁看到楼下的衣物还没收,在窗户边默默撑起伞,直到邻居来收衣服。

Featured Sat, 4 Mar 2023
Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Kerjaya Pelawak Kian Suram, Fad Bocey Akui Kecil Hati.. Tetap Usaha Cari Peluang Baharu

Fad Bocey reda menerima realiti perjalanan seni pelawak ketika ini dilihat semakin suram berbanding dahulu.

Trending Sun, 28 May 2023
error: Content is protected !!