Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 6, 2023 @ 3:45am

[VIDEO] Imej Baharu Rambut Pendek Bukan Kerana Bersedih, Fyna Jebat Fokus Karier Selepas Cerai

Penyanyi Fyna Jebat, 30, mahu memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyian selepas berpisah dengan bekas suami, Datuk Zainal Abidin Hassan, 62.

Menjalani kehidupan seperti biasa, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Shafynaz Jebat bersyukur keluarga serta rakan-rakan memberikan sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar – “Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” 

Pelantun lagu Menangis Lagi ini juga mahu mencuba berlakon sekiranya diberikan peluang selepas ini.

“Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Tak ada apa yang saya nak kongsikan sebab saya mahu memberikan fokus kepada karier nyanyian.

“Kembali solo, ya lebih senang untuk saya bergerak. Keluarga dan kawan-kawan juga memberikan sokongan. Dorongan sebegitu memang penting untuk saya kembali memacu kerjaya.

“Tak kisah juga jika selepas ini ada yang mahu memberikan saya tawaran berlakon, boleh juga saya cuba,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Cerai Fyna Jebat Tular, Ini Respons Zainal Abidin

Fyna ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Menjalani kehidupan selepas bercerai seperti biasa, Fyna mengaku masih bersahabat dengan bekas suami namun enggan mengenang cerita lalu.

“Syukur Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, saya pun tak mahu besar-besarkan lagi. Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fyna Jebat & Bekas Suami ‘Kantoi’ Dating? Ini Respons Empunya Badan

Ketika diusik adakah imej baharu rambut pendek yang digayakan ada kena mengena dengan perasaan bersedih, Fyna menafikan perkara terbabit.

“Sebenarnya, rambut pendek sejak dulu lagi. Ketika awal pembabitan saya dalam dunia hiburan di program realiti nyanyian Akademi Fantasia 9 dahulu, memang saya sudah tampil dengan rambut pendek.

“Itu memang imej saya sebelum ini, jadi saya kembali balik dengan penampilan terdahulu,” katanya menutup bicara.

Terdahulu, Fyna bergelar isteri kedua kepada Zainal dan perkahwinan mereka terlerai sekitar Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

M Nasir Bergabung Dengan Ejen Ali The Movie 2 Menerusi Lagu Tema ‘Hanya Kamu’ 

M Nasir bergabung vokal dengan filem Ejen Ali The Movie 2

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Duo Istimewa Tanpa Penglihatan Tampil Memukau Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Terima Tawaran Rakaman Daripada Juri

Dari Melayu, Cina Dan India: Uji Bakat Calpis Soda One In A Million Raikan Kepelbagaian Bakat di Malaysia!

Featured Fri, 13 Jun 2025

“Saya Rasa Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia Ni” – Elfira Loy

Elfira menyeru orang ramai untuk mencari peluang dan belajar memandikan jenazah.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Hiburan Mon, 4 May 2026

Hasrat Tak Kesampaian, Ummi Nazeera Terkilan Tak Sempat Mengarah Jalil Hamid Dalam Telemovie – “Arwah Nama Pertama Terlintas Di Fikiran”

Katanya, pengalaman membintangi filem Bisik Pada Langit sebagai anak kepada Allahyarham menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu

error: Content is protected !!