Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 6, 2023 @ 6:13pm

Irene Deanna Perjelas Hubungan Dengan Syamsul Yusof – “Bagi Pihak Saya, Tiada Komen Sebab…”

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang ahli perniagaan jelita, Irene Deanna, 25, yang didakwa mempunyai hubungan dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Susulan itu, Irene tampil menjelaskan spekulasi tersebut dengan menyatakan bahawa dia juga terkejut dengan kontroversi yang tular baru-baru ini.

“Bagi pihak saya, tiada komen sebab saya tiada apa-apa pun. Tiba-tiba isu ini terkeluar.

“Tiba-tiba je. Saya pun terkejut tapi tak mengganggu pun kehidupan saya. Tiada stress atau apa-apa,” katanya.

Malah, Irene juga menjelaskan mengenai foto dan video mereka yang tular di media sosial.

“Sebenarnya dia datang ada urusan kerja dengan Utama Motors (syarikat permotoran). Kami cuma tangkap gambar macam biasa sebagai kenalan keluarga. Memang no comment.

“Saya ada baca sikit-sikit sebab ada orang hantar. Saya tergelak je. Eh apa benda ini.

“Sekadar kenalan mak ayah saya bukan saya. Saya tiada apa-apa. Memang sekadar kenalan ‘hi bye’,” ujarnya.

Ditanya mengenai status terkini dirinya, Irene memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Itupun tiada komen. Malu-malu,” jawabnya lagi ketika ditemui di sidang media Konsert Stars On Fire di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang tadi.

Artikel Berkaitan: Tular Di TikTok, Kompilasi Foto Syamsul Yusof Dengan Wanita Cantik Cetus Tanda Tanya… Netizen Dakwa Kekasih Baharu?

Artikel Berkaitan: “Dia Nak Madu Ke Atau Dimadukan, Itu Bukan Urusan Saya” – Yusof Haslam Komen Spekulasi Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru

Artikel Berkaitan: ‘Like’ Video Irenee Deanna, Netizen Dakwa Patimah Ismail Beri Hint Dah ‘Restu’ Hubungan Syamsul Dengan Si Wanita Rambut Kerinting?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika […]

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!