Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 8, 2023 @ 1:30pm

Khai Bahar Dedah Pernah Alami Anxiety Teruk – “Rasa Sesak Nafas, Bila Pejam Mata Ada Dengar Bisikan Suruh Saya Terjun Balkoni”

Penyanyi popular Khai Bahar mendedahkan dia pernah mengalami ‘anxiety’ atau kebimbangan yang teruk sehingga terfikir untuk mencederakan diri sendiri.

Pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin ini berkongsi dia juga mengalami kemurungan dan berasa sunyi sekitar tahun 2019.

“Saya pernah kena ‘anxiety’…tahun 2019, lepas pada kena tu, saya macam sunyi, ‘lonely’ sangat dekat rumah, tak tahu nak buat macam mana.

“Saya ajak abang saya duduk sekali, ketika itu dia baru ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua.

“Macam-macam benda fikir masa itu… saya kena sebelum PKP, awal 2019. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam murung dan ‘overthinking’.

“Kadang nak tidur, dengar bisikan, saya kataa ‘apa kena dengan aku ni?’,” dedahnya dalam sebuah temubual, baru-baru ini.

Berkongsi lagi, pelantun lagu Bayang ini berkata lebih setahun juga dia berdepan dengan masalah itu sehingga menganggu kehidupannya.

Lebih parah, Khai juga pernah dihantui dengan bisikan-bisikan jahat seperti ada suara memintanya untuk terjun dari balkoni rumah.

“Setahun lebih saya “struggle’ dengan ‘anxiety’… nak tidur tak boleh, rasa sesak nafas. Bila pejam saja mata, ada dengar macam orang bisik-bisik suruh terjun balkoni la.

“Saya sampai simpan pisau dalam almari, sebab kalau saya nampak pisau itu, saya terbayang saya ambil pisau rodok diri sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Khai Bahar bakal mengadakan konsert solo buat julung kalinya serta diiringi oleh band di tempat berprestij di Dewan Filharmonik Petronas pada Sabtu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan Sado Khai Bahar Jadi Tarikan Lelaki? Ini Jawapan Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit Dakwaan Mainkan Hati Wanita, Khai Bahar Tampil Perjelas Situasi Sebenar – “Saya Tak Sekejam Itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Hiburkan Peminat, Khai Bahar Bakal Persembah ‘Sisi’ Lain Di DFP!

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya. 

Hiburan Thu, 6 Feb 2025

[VIDEO] Jay Iswazir Lebih Tenang Lepas Berdamai Dengan Bekas Isteri

Jay Iswazir fokus berdamai, tak fikir soal rujuk dengan Azzahra Ahmad

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Fri, 21 Mar 2025

Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

Zara bagaimanapun mengucapkan terima kasih diatas pendapat yang diberikan.

LIFESTYLE Mon, 10 Sep 2018
Trending Wed, 25 Apr 2018

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter. Bertuah awak dik, gunakan peluang sebaik mungkin ok!

error: Content is protected !!