Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 18, 2023 @ 7:59pm

#AJL38: Penantian 20 Tahun Beraksi Di Pentas Berprestij Tercapai! Naqiu Tak Akan Sia-Siakan Amanah Faizal Tahir – “Walau Hanya Penyanyi Gantian, Tapi…”

Penyanyi, Naqiu mengakui terharu apabila diberi pengiktirafan oleh idolanya, Faizal Tahir untuk menggalas tanggungjawab membawa lagu Santai di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38), semalam.

“Pada awalnya saya sangat terbeban sebab Abang Faizal adalah pengaruh terbesar dalam muzik, apabila idola sendiri yang memilih saya untuk menggantikannya, saya termenung sebab rasa macam mimpi.

“Tetapi saya memikirkan masa hadapan. Penggantian ini seolah-olah bermakna Abang Faizal nampak bakat saya, jadi saya mahu buktikan pada penonton dan juga kepadanya,” ujarnya.

Sementara itu, Naqiu turut berkata penantian untuk beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) selama lebih 20 tahun akhirnya tercapai, meskipun hanya sebagai penyanyi gantian.

“Sebenarnya saya dah lama kejar untuk sertai AJL, saya bersyukur sebab dalam banyak-banyak penyanyi saya menjadi pilihan Abang Faizal untuk menggantikan dia.

“Saya tahu akan ada orang pertikaikan saya hanya penyanyi gantian, lagu Santai sudah cukup hebat. Pasti akan ada yang membuat perbandingan tetapi saya sentiasa bersikap terbuka.

“Malah, satu perkara yang saya belajar dan menjadi pegangan sehingga kini nasihat daripada Maestro Datuk Ramli MS adalah ‘penyanyi asal akan sentiasa menjadi yang terbaik’.

“Saya kaji lagu Santai ini dalam satu, dua hari dan untuk mendapatkan karakter serta ‘feel’ Abang Faizal itu susah.

“Pada masa sama saya ada cara penyampaian saya sendiri dan Abang Faizal memberikan saya kebebasan untuk berkarya, tidak terikat dengan caranya menyanyikan lagu Santai,” ujarnya.

@xtra_my

Santaiiiiiiiiiiii best gilerrrrrr lagu ni divawa oleh Naqiu 😭❤️ Walaupun santai tapi tetap pawerrrrr 🔥 📺 15, 16, 17 Disember 2023, jam 3 petang di TV3 🖥️ Strim sekarang melalui Tonton www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton sekarang! #SFMM38 #RoadToAJL38 #xtramy #xtra_my #xtratonton #xtraxajl38

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mengulas lanjut mengenai harapannya dalam anugerah terkemuka AJL 38, Naqiu berkata dia hanya mahu memberikan satu persembahan terbaik agar tidak mensia-siakan keputusan dibuat oleh Faizal Tahir.

“Saya tidak meletakkan tanggapan untuk meraih nombor, hanya nak buat persembahan terbaik untuk diri saya serta nak Abang Faizal fikir dia tak salah pilih saya.

“Ini adalah amanah daripadanya, saya hanya nak menyampaikan lagu ini dengan baik kerana Abang Faizal mempercayai saya,” katanya lagi selepas pengumuman finalis AJL 38.

Ketika disoal mengenai persaingan 11 finalis AJL 38 yang lain, Naqiu berkata penyanyi Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) dan Aisha Retno (Sutera) antara dua nama yang memberi cabaran untuk bertanding.

Pada malam kemuncak SFMM38, Naqiu yang menggantikan Faizal Tahir diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Santai juga diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian ramai dan berjaya membawa pulang RM2,000 dan barnagan ekslusif Alha Alfa.

Selain Naqiu, 11 finalis AJL 38 yang lain adalah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Aisha Retno (Sutera), Ziana Zain dan Hasif upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Amir Jahari (Hasrat), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma) antara yang berjaya melayakkan diri ke AJL 38.

@xtra_my

Inilah dia 12 Lagu Terbaik yang telah melayakkan diri ke #AJL38 🔥😭 Tahniah diucapkan kepada semua laguu yang bertanding ❤️ #AJL38 #SFMM38 #RoadToAJL38

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Artikel Berkaitan: “Salahkan Saya, Jangan Kecam Misha Omar” – Persembahan Dikritik Terlalu Mesra, Naqiu Mohon Maaf Tak Jaga Sensitiviti

Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

‘Saya Tahu Ayah Layak’- Anak Allahyarham Pitt Hanif Buat Penonton Sebak

ernyata jangkaan kami tidak salah. Sebagai anak, sudah tentu saya amat bangga sekali dengan kemenangan ini. Ini untuk ayah…

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

Featured Fri, 3 Sep 2021
Trending Tue, 10 Mar 2020

Disambar api lilin kek hari jadi, mimpi ngeri buat remaja ini!

Hadiah hari jadi yang tidak dapat dilupakan

Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Trending Fri, 30 Mar 2018

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Idayu mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular seperti Allahyarham Sudirman, mendiang Michael Jackson, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Trending Mon, 8 Apr 2024
Featured Thu, 17 Mar 2022