Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 30, 2023 @ 6:27am

8 Kumpulan Bersaing Malam Ini Di Semi Final Pentas Marhaban, Juri Mahukan Peserta Kuasai Pentas

Pusingan separuh akhir Pentas Marhaban yang bakal berlangsung malam ini menyaksikan lapan kumpulan bersaing untuk merebut peluang ke peringkat akhir.

Juri tetap Pentas Marhaban, Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus mahu semua peserta menguasai pentas dan memberikan persembahan yang terbaik di separuh akhir.

“Kami berharap semua peserta dapat menguasai pentas betul-betul, seolah-olah nak hiburkan orang. Tingkatkan kualiti suara dan persembahan biar ada kemuncak dan penonton puas.

“Dapatkan ilmu pengetahuan daripada guru-guru, jangan anggap Pentas Marhaban satu pertandingan sebaliknya jadikan ia sebagai medan untuk menimba ilmu, Kepada mereka yang kalah dapat masuk semula, gunakan peluang diberi. Yang menang mingguan pula jangan selesa,” kata Ustazah Asni mewakili juri.

Dalam persaingan Sabtu lepas, Pentas Marhaban membuat kejutan dengan menyenaraikan lapan kumpulan untuk bersaing di pentas semi final.

Enam kumpulan dipilih daripada pusingan kalah mati setiap enam minggu iaitu Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari’ dan An Ni’matul Uzma.

Manakala, dua lagi kumpulan marhaban iaitu Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin dipilih berdasarkan kualiti persembahan dan markah tertinggi sepanjang enam minggu bersiaran.

Menurut penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, kejutan untuk memasukkan lapan kumpulan marhaban ke pusingan separuh akhir telah diputuskan lebih awal.

“Memang selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan peserta ke separuh akhir.

“Namun, ada episod menyaksikan kedua-dua kumpulan marhaban sama-sama kuat dan biarpun disingkirkan, markah mereka masih tinggi secara keseluruhan.

“Logik untuk produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Ia sangat berbaloi dan rugi kalau ada kumpulan yang memiliki markah tinggi tapi tak berjaya masuk.

“Secara tidak langsung ia akan membuka semula ruang untuk kembali bersaing dan pastinya pusingan akan datang akan sangat sengit,” katanya.

Selain Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus berada di posisi juri tetap, Ustaz Tirmizi Ali tampil sebagai juri jemputan pada minggu keenam.

Minggu keenam menyaksikan kumpulan An Ni’matul Uzma menumpaskan Selawat Buskers dan menerima hadiah wang tunai RM2,500.

Pada pusingan final pula, pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima RM50,000 dan RM25,000.

Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Selain Tilmiz Fahmi, program ini juga dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 11 Mar 2026

All Star Influencers Award Saran Pempengaruh Kuatkan Jenama, Ada Bisnes Sendiri

Pempengaruh media sosial disaran mengambil peluang membina jenama.

Acara Fri, 19 Aug 2022

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022

Acara Fri, 17 Mar 2023

Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor Melepasi Sasaran

SELHAC merupakan acara penting di dalam agenda Halal

Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Tue, 10 Sep 2019

Lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 dilancar

“Visit Truly Asia-Malaysia” lambang identiti negara

Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Acara Fri, 26 Aug 2022
Acara Tue, 26 Mar 2019
Acara Mon, 6 Mar 2023
error: Content is protected !!