Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 3, 2024 @ 11:04am

“#RoadToBertiga” – Izzue Islam Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam tampil memberi bayangan dia bersama isterinya, Awin Nurin merancang untuk memiliki cahaya mata, pada tahun ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Izzue menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Izzue telah berkongsi momen dia bersama Awin membeli-belah barang keperluan di sebuah pasaraya.

Lebih mencuri perhatian, Izzue seolah memberi bayangan yang mereka bakal menimang cahaya mata di ruangan kapsyen.

”2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualaikum 2024, bismillah 👶🏻 #roadtobertiga,” tulisnya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya dan rakan artis tampil mendoakan agar urusan mereka untuk menimang cahaya mata dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Sebelum ini, penyanyi itu pernah memaklumkan dia bersama isterinya sedang mencari waktu yang sesuai untuk fokus terhadap rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.

Terdahulu, Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.

Hiburan Wed, 17 Jul 2024

Gamit Memori Lagu Popular, New Boyz Sebak Konsert 25th Anniversary “Full House”

Kejayaan Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang tahun lalu menjadi pembakar semangat buat Popsicle Records dan New Boyz untuk mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tahun 2024. New Boyz 25th […]

Featured Thu, 10 Jul 2025
Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Wed, 24 Dec 2025

“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

Fadzil adalah antara peminat yang sangat setia dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi termasuk mengikuti beliau ke mana sahaja.

error: Content is protected !!