Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2024 @ 4:29pm

Mamat Exist Didakwa Miliki & Hisap Dadah Jenis Methamphetamine Secara Berulang 

Bekas vokalis Kumpulan Exist, Mamat mengaku tidak bersalah hari ini selepas didakwa atas pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah lima tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo, Mamat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Mahkamah Majistret, di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pelantun lagu popular Untukmu Ibu itu didakwa telah memberi dadah jenis Methamphetamine secara berulang kepada diri sendiri pada 9 September 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Manakala, pada tahun 2016 dan 2018, dia juga didakwa telah melakukan kesalahan sama.

Justeru, atas kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen (15)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mamat atau nama penuhnya, Mohd. Ali Kamarudin, 46, sekali lagi didakwa kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram ketika diperiksa pihak polis pada 8 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) iaitu berdepan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya itu dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Difahamkan, tarikh 22 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

 

Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

Featured Fri, 21 Dec 2018
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Hasrat Tak Kesampaian, Shukri Yahya Reda…

Sabar ya…Insha Allah ada rezeki di masa akan datang. Amin!

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Che Sayang Kitchen selepas segelintir netizen mengkritik resipi masakan

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Kembali Bercinta, Gigi Hadid Dah Jumpa Pengganti Zayn Malik?

Gigi menerusi Twitter memuatnaik sebuah status menafikan berita percintaan mereka.

error: Content is protected !!