Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 30, 2024 @ 7:35pm

[VIDEO] Siti Nordiana Nafi Gosip Nak Kahwin! Rupa-Rupanya Bakal Buat Konsert Solo 11 Mei Ini! – “Hadiah Untuk Peminat Sempena 25 Tahun Dalam Industri”

Penyanyi, Siti Nordiana menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat sini, susulan tular beberapa keping foto dan video dia memakai busana pengantin serba putih.

Sebaliknya, pelantun lagu popular Gurauan Berkasih ini memaklumkan bakal mengadakan konsert ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’ pada 11 Mei ini di Zepp Kuala Lumpur.

Perkara tersebut didedahkan oleh pihaknya sendiri di sidang media ekslusif Siti Nordiana bertempat di ibu kota, sebentar tadi.

Kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, sehingga kini dia masih tidak mempercayai impian selama 25 tahun untuk membuat konsert solo pertama akhirnya tercapai.

Siti Nordiana

“Nana nak jemput semua media dan peminat-peminat Nana pada 11 Mei, ‘majlis sandingnya’ di Zepp Kuala Lumpur pada 8:30 malam di Konsert Memori Berkasih 25 Tahun.

“Sejujurnya, saya tak percaya, macam masih di awang-awangan. Impian selama 25 tahun.

“Ini adalah konsert solo pertama saya secara besar-besaran. Saya nak berkongsi momen nostalgia, serta menggamit memori zaman remaja,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa foto dan video memaparkan Nana memakai busana pengantin serba putih berserta jambangan bunga telah mengundang pelbagai respons mendakwa dirinya bakal berkahwin.

Berhubung dakwaan tersebut, Nana tampil memohon maaf dan tidak mempunyai niat untuk mengelirukan ramai pihak.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini.

“Fotografi itu untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.

“Konsert tersebut merupakan pangging dan pelamin khas untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak henti menyokong,” ujarnya merungkai spekulasi ‘perkahwinannya’.

Tiket konsert Siti Nordiana akan mula dijual pada Jumaat, 2 Februari jam 10 pagi di www.ticket2u.com.my bermula dari RM188 (Paling Comel), RM288 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box).

Artikel Berkaitan: Isu Wajah Tiada Di Poster & Satu Lagu Terpaksa Digugurkan Saat Akhir, Penganjur Akui Cuai! Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Siti Nordiana – “Kami Terlepas Pandang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jan 2019

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Featured Wed, 23 Nov 2022

Imran Aqil Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Ibadah Umrah

Pasti ramai yang sudah mengenali pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik […]

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Sisi Matang Aziz Harun Dalam ‘Jauh’

Selepas kejayaan ‘Senyum’ dan ‘Jangan’, Aziz Harun kembali dengan single terbaru berjudul Jauh. ‘Jauh’ mengisahkan tentang hubungan yang tidak berhasil dan menerusi liriknya, Aziz menggambarkan usahanya untuk mengekalkan hubungan itu, namun perkara-perkara yang diharapkannya itu tidak […]

Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

LIFESTYLE Tue, 16 Apr 2019

Lokasi Kehilangan Tiada Liputan Telefon, Apa Punca Dua Beradik Hilang 5 Jam Di Bukit Pelindung?

Ada kaitan dengan makhluk ghaib? lokasi kehilangan mangsa dilaporkan tidak mempunyai liputan talian telefon.

error: Content is protected !!