Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2024 @ 12:33pm

Lama Tak Berlakon, Abby Abadi Hanya Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi memaklumkan dia akan kembali berlakon sekiranya ditawarkan watak yang bernilai di sisi Allah SWT.

Ahli kumpulan wanita Elite ini berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagram ketika terlibat dalam suatu program masakan bersama sebuah stesyen televisyen berbayar baru-baru ini.

Ahli kumpulan wanita Elite ini berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagram yang mempromosikan program memasak bersama media swasta.

Dalam pada itu, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan turut menjelaskan dia tidak mahu menjalankan penggambaran yang panjang, sebaliknya lebih memilih untuk berniaga.

“Ada yang tanya, akak dah tak berlakon ke? Menyanyi pun dah tak juga ye kak? Tahu kita jawab apa? Hehe…

“Insya-Allah, kalau ada offer watak-watak yang bernikai di sisi Allah. Kita join.

“Kalau tak ada, kita berniaga sajalah. Kita pun tak nak lah kalau sibuk nak shooting balik terutama drama panjang-panjang.

“Banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan kita kan.

“Baik kita usaha buat apa yng kita suka, yang paling penting Allah reda,” tulisnya.

Abby Abadi

Sebelum ini, nama Abby Abadi hangat menjadi sebutan ramai di media sosial ekoran kontroversi melanda anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi isteri kedua bersama jejaka bernama Aslam.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila kakak isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan berita tersebut benar seperti yang tular di media sosial.

Lebih menyakitkan, Aslam dan Marissa mendirikan rumah tangga pada 27 Disember ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang menunaikan ibadah Umrah.

Bagaimanapun, sehingga kini Marissa masih mendiamkan diri dan sibuk menjalani penggambaran menjadi seorang model muslimah.

Artikel Berkaitan: “3 Yang Mana Tu? Madu Ke Anak?” – Kongsi Pengalaman Hamil & Bersalin Dua Anak, Umisya Sempat Bergurau Soal Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: Seakan Reda Dimadukan Dengan Marissa Dania, Status Misya Mazlan Curi Perhatian – “Sesulit Apapun Keadaan, Ajar Hati Untuk Tak Membenci…”

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: Marissa & Aslam Kahwin 27 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Cayalah! Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Pulang’ Gamat

Suasana menjadi lebih gamat apabila pengacara majlis, Haziq menjemput lima orang peminat naik ke pentas dan melakonkan beberapa babak yang ada di dalam filem Pulang. Kelakar habis!

Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Anak Sebak Terpalit Isu Kontroversi Bapa, Eira Syazira Titip Kata Semangat – “Tiap Ujian Itu Mendidik Jiwa & Sabar Pasti Bawa Kemenangan”

Eira sempat menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu agar bersabar dengan ujian yang menimpa.

error: Content is protected !!