Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2024 @ 3:33pm

Adik Hidayah Tak Puas Hati! Muat Naik Status Perli Ali Puteh Isu Bayaran Saman, Ini Respons Empunya Badan – “Semalam Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

Pelawak Ali Puteh sekali lagi tampil berkongsi muat naik sinis yang dibuat oleh adik bekas kakak iparnya Nur Hidayah iaitu, Zainuddin menerusi hantaran di Instagram story miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Zainuddin kelihatan mempersoalkan tindakan Ali, yang datang ke kediaman mereka dengan membawa bodyguard tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kehadiran mereka.

“Datang roger dahulu, jangan main terjah dan tunjuk yang awak tu bagus. Kalau roger boleh lah bagi layanan macam VVIP, sediakan kopi o panas atau lepak pantai akn syok.

“Ni datang bawa bodyguard bagai lepas tu acah kami tak layan. Macam mana nak layan bro, datang main langgar dan kami pun main langgar. Apapun duit belum bayar lagi, lepas ni hang pegi jumpa lawyer okay. Kita ada undang-undang bukan boleh ambil duit sesuka hati.

“Terima kasih netizen semua yang selalu mendoakan kami. Kami bukanlah kejam sangat, kalau roger kami memang bagi layanan VVIP, karpet merah kuning, makan di kedai Hidayah dan Hamzah, hidang cempedak goreng lagi. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Tidak berdiam diri dengan hantaran berkenaan, Ali memaklumkan, dia hadir bertemu Hidayah pada Selasa untuk melangsaikan hutang saman namun telah ditolak.

“Pulak dah adik Hidayah pula naik story macam tak berpuas hati.

“Dah sebut saman belum bayar pula. Semalam datang nak bayar tapi tak nak pula… Alah pula,” tulisnya pada tangkap layar status terbabit.

Terdahulu, Ali berkongsi bahawa dia telah bertemu Hidayah dan anak saudaranya bagi melangsaikan hutang berjumlah RM75,486. 48.

Bahkan, Ali berkongsi menegnai perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di akaun TikToknya yang memaparkan dirinya hadir ke rumah Hidayah beserta surat peguam.

Malah, sebelum ini Ali ada berkongsi bahawa dia telah menjual semua koleksi peribadinya termasuklah kereta, moto, dan trofi kemenangan.

Artikel Berkaitan:Selesai Dirumah Hidayah, Hutang Ali Puteh Berjumlah RM75,486.48 Langsai!

Artikel Berkaitan: Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Kongsi Kronologi & Bukti Cuba Selesaikan Hutang Balu Abam, Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Tawar RM500, Nekad Jejak Individu Wanita Biadap Kutuk Isteri Menangis -“Kau Petik Isteri Aku Ya!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium & Bayaran Balik Ansuran 50 Peratus Buat Peminjam Terkesan

Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan akan memberi jaminan kelulusan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus kepada peminjam yang terkesan . Menurut […]

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Pemergian Song Young Kyu, Drama ‘The Defects’ Keluarkan Kenyataan Rasmi

Penonton boleh turur menyaksikan drama bersiri ini di Tonton.

Featured Wed, 21 Mar 2018

Video Lip-Sync 50 Ibu Bersama Anak Sindrom Down Buat Air Mata Satu Dunia Berjurai

Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah ia turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Featured Tue, 20 Mar 2018

Ini 12 Cara Semulajadi Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Keputihan. Mudah & Berkesan!

Perubahan hormon, faktor kebersihan, jangkitan kuman dan virus merupakan antara punca terjadinya masalah keputihan di kalangan wanita.

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cinta Tanpa Henti Gandingkan Aeril Zafrel dan Elizad Sharifuddin

Aeril Zafrel kini kembali lagi di kaca televisyen dengan drama terbaru beliau iaitu Cinta Tanpa Henti bersama Elizad Sharifuddin.

Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

error: Content is protected !!