Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 15, 2024 @ 12:57pm

“JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Kontroversi membabitkan pelakon, Ruhainies dan aktor sensasi, Aliff Aziz yang didakwa berkhalwat semakin hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial.

Lebih-lebih lagi selepas Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil membuka mulut memberikan kronologi isu tersebut dalam waktu yang sama tengah malam, semalam.

Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Kata Ruhainies lagi, kakaknya pelakon Risteena juga sepatutnya datang ke kediaman namun terlewat atas tersangkut di kesesakan lalu lintas.

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Susulan itu, Risteena turut mempertahankan adiknya itu dengan menampilkan bukti perbualan WhatsApp bertarikh Jumaat, 8 Mac, malam sebelum rumah diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam perkongsiannya itu, Ruhainies mengajak kakaknya untuk tidur dan makan di rumahnya bersama.

Risteena bertegas dakwaan pihak JAWI hadir ke rumah pada jam 3 pagi adalah tidak benar, sebaliknya pihak berkuasa itu tiba kira-kira pada jam 11 malam.

“Jam 11 lebih JAWI dah sampai dj rumah. Bukan jam 3 pagi.

“Ya, saya sepatutnya berada di sana sama-sama tetapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11:30 malam. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tulisnya.

Ruhainies

Ruhainies
Sementara itu, menerusi hantaran IGs yang lain, Risteena berharap agar ramai pihak tidak terus menghukum Ruhainies dan Aliff atas kekhilafan mereka sehingga kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

“Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya disini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” katanya lagi.

Ruhainies

Sebelum ini, isteri Aliff, Bella Astillah berkata dia sudah memaafkan rakan baiknya, Ruhainies namun perlu mengambil masa lama untuk berkomunikasi semula dengannya.

Pada pagi Rabu, Bella hadir ke mahkamah pada bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Namun begitu, Aliff tidak hadir ke perbicaraan tersebut kerana sibuk menjalani penggambaran drama Terjerat yang turut dilakonlan oleh aktres Ruhainies.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata dia tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

Hiburan Tue, 16 Jan 2024

‘Cover’ Lagu Jangan Mati Rasa Itu, Nyanyian Mila Jirin Ubati Rindu Peminat- “Merdunya, Please Buat Comeback!”

Menusuk terus sampai kalbu! Min memang tak boleh move on dengan cover Mila nih😍😭

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

NORA DANISH DAPAT BABY BOY LAGI

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.