Featured By: Salma Syahbuddin April 4, 2024 @ 2:00pm

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

“Aliff selalu tak balik rumah dan saya yang terpaksa menghadap benda ni”.

Demikian respons Bella Astillah ketika mendedahkan bahawa Aliff sudah lebih lapan kali ke kondominium mewah milik Ruhainies.

Katanya ketika ditemui XTRA, kereta yang digunakan Aliff adalah hadiah daripadanya dan setiap kereta dibawah namanya mempunyai GPS  Track (Global Positioning System).

Menurut Bella, sebelum ini dia tidak mahu terlalu berfikiran negatif terhadap hubungan suaminya dan Ruhainies, sehinggalah krew penggambaran memaklumkan bahawa Aliff dan Ruhainies ada ‘sesuatu’.

“Dia selalu tak balik rumah dan saya tak pernah letak benda ni dekat Instagram story. I have to face it alone!

“Sebenarnya kereta yang Aliff pakai adalah hadiah dari saya. Dan saya tak pernah mention benda ni mahupun post di media sosial.

“Sebab itulah setiap kereta under nama saya ada GPS track. Bukan saya pasang untuk tengok dia, bukan.

“Sampai saya kena text my mother in law dan mentua suruh saya husnuzon bila saya beritahu yang Aliff tukar password. Sebab masa tu saya dah tahu Aliff berubah sejak dia shoot dengan Ruhainies.

“Masa tu Umi (ibu mentua) stop fokus kepada manusia, minta saya fokus pada diri sendiri dan dekatkan diri dengan Allah. Dan itulah yang saya buat.

“Sampaikan saya takut nak tengok GPS sebab takut tertahu sesuatu. Sehinggalah ustaz minta saya untuk solat istikharah.

“Sampailah krew bercerita yang mengatakan Ruhainies dan Aliff ada ‘sesuatu’. Tapi masa tu saya tak nak negative thingking lagi. Tapi nak dijadikan cerita, satu hari saya buka GPS Track dan lihat Aliff lebih 8 kali pergi ke Pavillion Suites,” ulasnya.

Sementara itu,  Bella menolak dakwaan kononnya dia adalah dalang disebalik tularnya kes khalwat melibatkan suaminya.

Tidak habis disitu, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan, tujuan dia mencari ibu Aliff adalah untuk menyelamatkan suaminya itu dari perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan, Ruhainies di ‘jaga’ oleh individu lain.

“Kalau pun nak kata Bella yang perangkap, kenapa saya tak buat je masa tahu dia pergi ke sana kali  ketiga? Dan saya rasa bukan 8 kali sahaja, i think more than that. Wallahualam.

“Dan, Bila saya cari umi Aliff sebenarnya masa tu saya cuba selelamatkan Aliff daripada pergi ke rumah Ruhainies. Because anything can happend.

“Lagipun Ruhainies ni dia dah cerita dekat saya, siapa yang ada dibelakang dia, orang yang ‘jaga’ dia. Dan kita tak tahu kalau orang itu yang mempunyai perasaan dendam. Itu pasal saya takut kalau Aliff tak balik rumah,” jelasnya.

Meskipun mengetahui ini bukanlah kali pertama Aliff berkunjung ke kediaman Ruhainies, Bella bagaimanapun mendedahkan, pada hari kes khalwat berlaku, dia ada menghubungi Ruhainies bertanyakan tentang keberadaan Aliff, namun aktres itu berbohong dan memaklumkan dia telahpun pulang ke rumah.

“Dan saya sendiri ada rakaman, bila saya dah suspicious dia ke Pavillion Suites. Saya call Ruhainies bagitahu Aliff tak balik, tapi dia buat-buat terkejut. Siap hulur bantuan nak call Aliff. Dan kata kepada saya bahawa ‘mungkin Aliff keluar membeli makanan’.

“Tapi, bila saya check track GPS sebenarnya Aliff dengan dia. So, dont use this as an excuse untuk lari dari kes khalwat tu,” ujarnya.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat olen Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Events Thu, 24 May 2018

Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Featured Sun, 3 Apr 2022
familuv Wed, 25 Mar 2020
Contest Fri, 12 Aug 2022

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Siapa bakal menjadi Terpaling Juara? Korang rasa penyanyi otai atau bintang baharu?