Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 26, 2024 @ 5:30pm

“Kau Dah Kutuk Aku, Mengata, Mencaci Sebab Nak Save P*nt** Kau Sendiri”- Sarah Yasmine Gelar Ruhainies Delusional, Masih Aktif Hantar DM Ajak Bersemuka

“Betul punya tak faham bahasa lah kau”.

Demikian respons Sarah Yasmine selepas Ruhainies masih mengganggunya dengan menghantar mesej langsung (DM) menerusi platform Instagramnya.

Menerusi bukti tangkap layar yang dikongsikan, Ruhainies kelihatan bersungguh-sungguh memujuk Sarah untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka.

Malah, menerusi perbualan tersebut, Ruhainies memaklumkan yang dia sudah tidak lagi menghubungi Aliff, namun memberitahu Sarah bahawa Aliff kini berada di Singapura.

Tidak mahu terus ditipu, Sarah bagaimanapun menghantar beberapa mesej provokasi kepada Ruhainies sekaligus menolak pelawaan aktres itu untuk tidak bersemuka dengannya sepertimana jenama-jenama lain menolak dirinya.

Tidak mahu mengaku kalah, Ruhainies kekal dengan pendirian untuk mengajak Sarah dan Bella berjumpa dengannya atas alasan tidak mahu ada isu dengan sesiapa dan mahu kembali bahagia.

Sejak tiga hari lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Sarah berupa bukti perbualan antara Ruhainies dan Aliff termasuklah mengutuk produk kecantikan, mencaci Bella Astillah serta beberapa lagi rancangan jahat terhadap penyanyi itu.

Namun, Ruhainies bagaimanapun tampil dengan permohonan maaf secara terbuka yang dibuat awal pagi tadi terhadap semua pihak yang terpalit kontroversi mengaitkan dirinya dan Aliff.

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Ruhainies Mahu Bersemuka Dengan Bella Astillah & Sarah Yasmine Demi Jernihkan Keadaan – “Saya Nak Tutup Buku, Lupakan Isu & Kembali Gembira”

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Gunakan Semua Peluang Untuk Selamatkan” – Aliff Aziz Enggan Cerai, Mahu Pertahan Rumah Tangga Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Korek Balik Video Aliff Aziz Buka Zip Seluar, Ramai Pula Cakap Jijik & Perangai Remp*t

Artikel Berkaitan: “Dia Sayang Awak, Tak Perlu Risau… You Can Have Him Ruhainies” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

新人「他·表哥」典礼快闪全程不露脸!首次公开与林可欣演出

史上最大牌新人 「他·表哥」典礼快闪全程不露脸,首次公开神秘演出与林可欣反转抖音神曲嗨爆全场。

Featured Wed, 16 Apr 2025

Memukau! Kongsi Foto Raya Anak, Kecantikan Vie Zaara Jadi Sorotan – “Cantik Sangat Ni!”

Malah,  pelbagai momen juga dirakamkan ketika anak gadis itu bersalaman dengan ibunya.

Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

Hiburan Sun, 1 Apr 2018

Cristina Suzanne Pilih Lelaki Johor!

Diam tak diam, tiada ribut tiada angin, tiba-tiba diberitakan pelakon ‘Surf This Love’ ini sudah dengan sebenarnya melayari bahtera percintaan apabila selemat melansungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Events Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Featured Mon, 30 Jun 2025

“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

Mereka suami isteri cuma mahu menegakkan hak mereka sebagai pemegang dan pemilik lagu-lagu kumpulan itu.

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Mon, 11 May 2020

Keracunan makanan, sakitnya lebih teruk daripada bersalin!

Ketahui beza keracunan makanan, cirit-birit

error: Content is protected !!