Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 7, 2024 @ 6:14pm

Terharu ‘Showcase’ Percuma Dapat Sambutan Luar Biasa, Henry Moodie Jatuh Cinta Dengan Peminat Di Malaysia

Penyanyi antarabangsa, Henry Moodie meluahkan rasa terharunya selepas menerima sambutan yang luar biasa dari peminat Malaysia ketika membuat ‘showcase’ secara percuma di Tun Razak Exchange Mall (TRX), Ahad lalu.

Menurut Moodie, dia tidak sangka ‘showcase’ itu dihadiri ramai penonton dan mendapat sokongan yang baik dari peminat.

“Saya sangat seronok berada di Malaysia. Walaupun hanya beberapa jam di sini, semua orang sangat mesra dan saya pasti akan datang kembali.

“Saya tak sangka penonton yang hadir sangat ramai walaupun saiz tempat itu agak kecil. Bagi saya, sangat menakjubkan sebab semua orang dapat bertemu dengan saya tapi di masa akan datang saya harap kita boleh berjumpa lagi.

“Saya juga dapat merasakan kasih sayang daripada penonton dan mereka sangat pandai menyanyi dan sangat seronok untuk bernyanyi bersama-sama. Terima kasih sebab menyokong saya,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Moodie ketika ditemui media di Hotel Journal Kuala Lumpur, Bukit Bintang, semalam.

Ditanyakan tentang kenapa dia memilih untuk membuat ‘showcase’ secara percuma, pelantun lagu Drunk Text itu menyatakan

“Betul ia percuma, bagi saya bila datang Malaysia saya perlu buat sesuatu. Jadi saya buat keputusan untuk membuat konsert percuma ini supaya semua orang yang dari pelbagai latar belakang dapat nikmati persembahan saya,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Trending Thu, 4 Mar 2021

Individu Potong Giliran Terima Vaksin Berdepan Kompaun RM50,000

Jujur dan amanah kan mencerminkan peribadi anda

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Sat, 4 Oct 2025

PM Maklum 23 Sukarelawan Malaysia Misi GSF Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Dijangka Pulang Ke Tanah Air Esok Atau Lusa

23 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla Malaysia dijangka tiba esok atau lusa

Featured Sun, 18 Dec 2022
error: Content is protected !!