Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 9, 2024 @ 1:53pm

Selangor FC Perketat Keselamatan, Sediakan Pengawal Peribadi Untuk Keluarga Faisal Halim

Selangor FC kini perketatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan pengawal peribadi kepada isteri dan keluarga pemain bola sepak, Faisal Halim sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, inisiatif itu dilakukan bertujuan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin dan insiden buruk tidak berlaku lagi.

“Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dan polis yang akan membuat rondaan, malah di kawasan ini (hospital) pun ada. Bukan sahaja Faisal tetapi juga pemain lain.

“Kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk bantu isteri dan keluarga Faisal,” katanya.

Terdahulu, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali ketika berda di pusat beli-belah, Ahad lalu.

Setakat ini, Faisal sudah menunjukkan perkembangan positif dan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kesan lecuran tahap empat.

Malah, pemain bola sepak menerima tampatan kulit yang bernilai RM30,000, ‘skin allograft’ yang diimport dari Belgium untuk membantu mempercepat proses pemulihan kulitnya.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Mon, 22 Feb 2021
Featured Thu, 3 Jul 2025

[VIDEO] Gendong Anak Sambil Menyiang Ikan, Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’

Pelakon Atikah Suhaime mencuri perhatian selepas memuat naik video menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Trending Thu, 15 Nov 2018

Digigit Monyet ‘Samseng’, Bayi 12 Hari Maut

Bayi itu digigit di bahagian kepala dan ditinggalkan ketika dikejar orang ramai bersenjata batu dan kayu.

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Nora mahu menjadi ‘suara’ bagi anak-anak pengkarya muzik berdepan isu serupa.

error: Content is protected !!