Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 17, 2024 @ 12:45pm

Siti Nurhaliza Nasihatkan Individu Sokong Gerakan Blockout 2024 Jaga Adab – “Lihat Kembali Apa Agama Ajar”

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil bersuara dan memberikan pendapatnya berkenaan gerakan Blockout 2024 yang giat dijalankan sejak 6 Mei lalu.

Memetik laporan BH Online, penyanyi tersohor tanah air itu menasihatkan individu yang menyokong gerakan tersebut menjaga adab dan tidak meninggalkan komen berbaur ugutan di media sosial selebriti.

Menurut Siti, mereka perlulah menggunakan cara yang berhemah dalam mempertahankan agama.

“Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar, nak tegur atau marah mesti ikut adab.

“Kalau nak pertahankan agama kenalah ikut cara agama, kalau tak suka lebih baik diam. Tak perlu sampai memalukan orang,” katanya.

Enggan menyentuh isu gerakan membabitkan ramai artis tempatan, Siti bagaimana pun percaya mereka ada alasan tersendiri kurang memuat naik mengenai kisah pergolakan di Palestin.

“Saya tak nak sentuh mengenai orang lain, masing-masing ada alasan dan sebab musabab. Saya dan suami sudah mainkan peranan menerusi Yayasan Nurjiwa sebelum serangan pada 7 Oktober tahun lalu.

“Malah, Sekolah Afwa Al Aafiyah sudah ditubuhkan sebelum itu lagi. Ini adalah fisabilillah dan usaha kami sebagai orang Islam.

“Lagipun, kita pun dituntut mempertahankan agama dan saudara seagama yang ditindas dengan kekejaman yang berlaku,” jelasnya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 May 2026

Sekian Lama Menyepi, Iman Wan Kembali Dengan Lagu Penuh Emosi… Angkat Kisah Dunia Autisme Dalam ‘Anak’

Selepas lama menyepi, komposer Iman Wan kembali berkarya menerusi projek independen Adam Music Canvas (AMC) dengan sebuah lagu baharu yang cukup peribadi berjudul Anak.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Featured Wed, 24 Feb 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga…

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini yang dibuka sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari esok. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, […]

Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang […]

error: Content is protected !!