Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2024 @ 2:27pm

Diana Danielle Dedah Sering Terima Mesej & Foto Lucah, Beri Amaran Pada Si Pelaku – “Perkara Ni Boleh Dikenakan Tindakan”

Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle mendedahkan dirinya sering menerima kiriman mesej lucah di Instagram termasuk foto-foto tidak senonoh setiap hari.

Menerusi muat naik di Instagram, Diana tidak mendedahkan identiti dan mesej individu tersebut namun terpanggil untuk memberi ‘amaran’ bahawa mesej-mesej berbaur gangguan seksual boleh dikenakan tindakan.

“Saya tak akan siarkan apa yang dia tulis tapi ia adalah gangguan. Mereka fikir boleh katakan apa sahaja yang mereka mahukan di media sosial.

“Tetapi tidak, ingat apa sahaja yang ditulis di media sosial boleh digunakan sebagai bukti terhadap awak.

“Saya ada ‘screenshot’ apa dia tulis, cuma malas nak ambil tindakan. Jangan ulangi kesalahan ni, bukan semua orang jenis penyabar ya,” selarnya.

Diana Danielle

Dalam perkongsian sama, aktres filem popular Imaginur ini turut memberi pesanan terakhir kepada pengikutnya untuk berhenti mengirimkan mesej lucah sebelum tindakan diambil.

“Sebagai selebriti, saya dapat mesej seperti ini setiap hari, selain dapat foto-foto yang melampau.

“Orang zaman sekarang mereka tak tahu perkara tersebut boleh dikenakan tindakan.

“Ada akta baharu untuk menlindungi orang daripada menjadi mangsa-mangsa individu yang tak stabil.

“Kepada mereka yang tak sihat dan ada masalah mental, segera dapatkan bantuan dan hentikan semua ini dengan segera,” akhirnya.

Artikel Berkaitan: “Jaga Diri & Keluarga Dulu Sebelum Kritik Orang Lain” – Diana Danielle Bengang Sikap Tak Terkawal Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang

Artikel Berkaitan:  Ketepikan Rasa Takut, Diana Danielle Mahu Sebar Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Di Media Sosial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Sep 2019

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

hanya di India sahaja ye, apa kata kalau anjurkan di Malaysia mesti ramai yang nak sertai

Trending Thu, 5 Nov 2020

SOP Rentas Negeri, Daerah Bakal Diperketatkan

Adakah ini seperti memberi bayangan….

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Mon, 9 Oct 2023
Featured Sun, 6 Feb 2022
Featured Fri, 1 Aug 2025

Impian Jadi Penyampai Radio Tak Kesampaian, Syed Saddiq Reda – “Trust Allah Plan”

“trust Allah plan, every setback builds a stronger man,”- Syed Saddiq

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Tue, 27 Apr 2021

Raya Tahun Ni, Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus!

Sempena kehadiran Syawal 2021 ini, selain daripada penyediaan baju raya, anda juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan! Barulah raya tu rasa macam lengkap kan? Agak-agak, jam tangan apa yang menjadi […]

error: Content is protected !!