Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2024 @ 6:26pm

Nak Cabar Diri & Bersaing Dengan Pelakon Muda, Rosyam Nor Akan Terus Berlakon Filem Aksi! – “Kalau Tolak Seolah Saya Menghukum Jenama Sendiri”

Pelakon, Rosyam Nor meluahkan rasa syukur apabila masih menerima tawaran untuk melakonkan filem aksi meskipun di usianya hampir mencecah 60 tahun.

Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Nor Shamsuddin, 57, berkata dia akan terus menjadi pelakon filem aksi selagi masih mempunyai stamina di badan.

“Selagi saya boleh bergerak, boleh ada stamina dan diterima dalam kalangan pengarah muda ni saya akan berlakon aksi sampai bila-bila.

“Kalau tengok pelakon Hollywood tu sampai tua pun boleh berlakon aksi. Lagi pun sekarang dah banyak teknologi.

“Alhamdulillah, saya masih menjadi pilihan dan ada dapat tawaran untuk buat filem aksi, saya baru habis dengan pengarah, Syamsul dalam filem Original Gangster, sekarang tengah berlakon aksi Kluang Man.

“Nasib saya baik lah, walaupun usia begini tapi saya dapat mengekalkan fizikal, stamina okay, tapi tak macam muda dulu. ” katanya.

Rosyam Nor

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Memoir Seorang Guru baru-baru ini.

Kata aktor filem popular KL Gangster ini, dia perlu melakukan filem aksi itu demi bersaing dengan bakat-bakat muda dalam industri seni hiburan ini sekaligus menjaga namanya yang cukup sinonim dengan aksi.

“Saya perlu melakukan babak aksi tu untuk saya mencabarkan diri dengan pesaing saya iaitu pelakon-pelakon baru.

“Kalau saya menolak bawa filem aksi itu seolah-olah saya menghukum jenama Rosyam Nor itu, saya terpaksa terima walaupun keadaan umur saya begini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Akui Mencabar Bawa Watak Cikgu Dalam Filem ‘Memoir Seorang Guru’ – “Kalau Gagal, Rosak Karier & Nama Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Mon, 23 Dec 2019

This 23 Years Old Former Disney Star Has Been Awarded GQ Australia’s Woman Of The Year

The best thing is, she’s only 23 years old and she’s just getting started!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

error: Content is protected !!