Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 9:00pm

Ramayan Meneroka Keindahan & Kedalaman Jiwa Dalam Single ‘Samudera’

Kumpulan muzik psychedelic tempatan, Ramayan sekali lagi mewarnai arena muzik tempatan dengan pelancaran single terbaru mereka yang berjudul Samudera.

Single ini merupakan satu ‘pemanasan’, sebelum pelancaran album penuh terbaru mereka yang dinamakan ‘Ini Adalah Ujian Transmisi’.

Samudera muncul sebagai titik pertemuan kedua selepas single pertama mereka, ‘DENDANG!’ yang telah menerima sambutan yang menggalakkan dari para peminat muzik tempatan sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu.

Dalam rentetan kisah cinta dan karya seni, lagu ini diilhamkan oleh Pi’e, sebagai satu surat penghargaan kepada isterinya.

Marine, nama isteri Pi’e, merujuk kepada lautan, sesuatu yang disampaikan dengan penggunaan perkataan bahasa Sanskrit tersebut, yang pada dasarnya adalah salah satu asal usul bahasa Melayu.

Menurut Pi’e yang mewakili ahli kumpulan lain, mereka mahu membawa pendengar ke dalam sebuah kisah tentang penghargaan yang mendalam terhadap kebesaran hati seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang isteri ataupun ibu yang sebesar lautan itu sendiri.

“Meskipun awalnya dianggap sebagai trek bonus dalam album kerana keunikan bunyinya yang berbeza daripada yang lain, Samudera akhirnya mengambil tempat terhormatnya dalam senarai lagu utama.

“Disebabkan kedalaman emosi yang terkandung dalam melodi dan lirik lagu ini, kami percaya bahawa lagu ini wajib menjadi salah satu lagu utama dalam album ini. Lagu ini dengan sendirinya mempunyai sifat yang menenangkan dengan iramanya yang sayu dan sepoi-sepoi.

“Dari segi susunan muzik, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang menekankan unsur-unsur tersebut dalam lagu ini. Disebabkan rentak dan iramanya yang ala 70-an, lagu ini seolah-olah sesuatu yang biasa kita dengari, yang mungkin memberi perasaan nostalgia kepada pendengar.

“Namun tidak ada satu lagu pun di Malaysia yang sepertinya. Di situ juga salah satu keunikan lagu ini, pada pendapat kami,” katanya.

Ramayan tidak hanya ingin menghibur, tetapi juga ingin membawa pendengar melalui sebuah perjalanan spiritual yang mendalam melalui Samudera.

Dengan kehadiran lagu ini di semua platform streaming digital, dipersembahkan bersama visualizer yang menawan di YouTube, Ramayan mengundang pendengar untuk merenung, menyerah, bersyukur dan rendah diri apabila menghadapi kebesaran alam.

Walaupun pada luarannya lagu ini merupai sebuah lagu cinta terhadap kekasih hati, tetapi di dalamnya juga terdapat sebuah lagu cinta kepada Sang Pencipta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Tue, 3 Aug 2021

Nur Dhabitah Akui Sudah Ada Kekasih?

Nama atlet Nur Dhabitah Sabri tidak asing lagi apabila beliau menjadi kebanggaan negara dan berjaya mengharumkan Malaysia dalam temasya-temasya sukan besar. Namun sejak penglibatannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, segala yang dilakukan oleh Dhabitah mula […]

Featured Fri, 1 Oct 2021

BPR Tambahan: Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Oktober Ini

Umum maklum, penerima BPR yang telah lulus rayuan akan menerima pembayaran pada 28 September bagi bank BSN, manakala bagi bank-bank lain pula bermula pada 4 Oktober 2021. Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman web […]

Featured Sun, 18 Sep 2022
Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!