Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 2, 2024 @ 2:04pm

Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai: “Hasil Dapatan & Risikan Selama 6 Bulan Menyimpulkan Pembabitan…”

Siasatan selama enam bulan sejak hari pertama kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibunuh yang menjuruskan perlakuan itu dilakukan oleh ibu bapanya menjadikan misteri kes ini kini terungkai.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis tidak pernah berputus asa untuk menyelesaikan kes tersebut sebaik mendapati keputusan bedah siasat pada 7 Disember lalu menunjukkan Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Sejak itu pasukan forensik turun ke lokasi kejadian termasuk membuat pemeriksaan di blok kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mencari petunjuk termasuk kediaman keluarga Zayn Rayyan.

“Hasil dapatan dan risikan selama enam bulan itu menyimpulkan pembabitan ibu bapanya dalam pembunuhan ini dan sebab itu mereka ditahan semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata sumber.

Jelas sumber, siasatan tersebut juga menjurus kepada keluarganya sendiri di mana ketika kejadian mangsa bersama ibunya dan dijemput dari tadika pun oleh ibunya.

Erti kata lain, orang terakhir bersama mangsa adalah ibunya sendiri.

“Polis mendapat reman seminggu dan hasil dapatan siasatan akan digunakan bagi mendapatkan pengakuan mereka berdua,” ujarnya.

Polis menyiasat motif sebenar kematian Zayn Rayyan selepas pasangan tersebut direman.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu bermula kelmarin untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Malah, motif pembunuhan juga setakat ini masih dalam siasatan.

“Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini (semalam) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang,” katanya.

Namun begitu, maklumat lanjut masih belum boleh didedahkan pada ketika ini.

“Ibu bapa terbabit ditahan jam 10.05 pagi semalam (kelmarin) oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Polis Tak Hentikan Siasatan, Ganjaran RM20,000 Kepada Yang Dapat Salurkan Maklumat Hingga Pembunuh Diberkas 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Thu, 12 Aug 2021

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti” – Fedtri Yahya

Personaliti TV3 dan pengacara terkenal, Fetdri Yahya tampil menyatakan pandangannya berikutan isu melibatkan seorang selebriti media sosial yang didakwa tidak mempunyai empati dan sensitiviti kerana menggunakan kematian untuk dijadikan content Youtube. Menerusi laman Instagram, Fedtri […]

Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Izzul Faiq membawa karakter antagonis dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh.

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

error: Content is protected !!