Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 5, 2024 @ 8:13pm

Lepas Mak Kahwin Suami Baru, Anak-Anak Terus Tak Dipedulikan… Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’ Semakin Hangat!

Drama bersiri Khilaf Yang Tertulis semakin hangat! Misha (Fasha Sandha) sangat bahagia setelah berkahwin dengan Nordin (Fadlan Hazim) tetapi dalam bahagia tersimpan kesedihan dimana dia harus berperang dengan perasaan sendiri kerana anak-anaknya yang tidak merestui hubungan Misha dan Nordin.

Nordin terpaksa berhadapan dengan Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) yang sering memberontak dan membencinya kerana tidak merestui perkahwinan ibunya. Melihat Nordin yang tertekan membuatkan Misha rasa bersalah dengan Nordin sehingga Misha merancang untuk pergi berbulan madu berdua dan meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan diri mereka.

Yana yang baru sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolejnya diculik oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan diheret ke dalam kereta sebelum dilarikan ke kawasan yang tidak diketahui.

@dramasangat

Kesian Yana… ▶️ #KhilafYangTertulis -> Isnin-Khamis -> 10 malam di Tv3! Korang boleh strim episod baharu #KhilafYangTertulis 24 jam lebih awal di Tonton! Lakonan : @fashasandha sebagai Misha @fadlanhazim sebagai Nordin @ashrafmuslim sebagai Amir @chacha_maembong sebagai Sofia @zamarulhisham93 sebagai Firdaus @morosechild sebagai Yana @danishhazriq sebagai Rizal @raff_que_iskandar sebagai Aman Dan ramai lagi! Terbitan : @saphirescreen @hasnizanordin Arahan : @khanmancung @rizabaharudin Penulis Skrip : @rozierashid69 @elninodemoona #KhilafYangTertulis #DramaSangat #tv3malaysia

♬ original sound – dramasangat

Yana dibius sehingga tidak sedarkan diri. Apabila tersedar dia sudah berada di dalam bilik yang kelihatan seperti lokap. Dia cuba menjerit dan berbuat bising, sudahnya dia dipukul dengan teruk oleh lelaki bertopeng.

Misha dan Nordin mendapat berita bahawa Yana hilang. Walaupun panik, Misha dan Nordin merasakan yang Yana lari dari rumah kerana hendak memberontak mengenai pernikahan mereka. Mereka yakin Yana akan balik juga ke rumah.

Ini membuatkan Amir merasakan Misha sudah tidak peduli dengan anak-anaknya. Jadi adakah Misha dan Amir membuat laporan polis tentang kehilangan Yana atau mereka hanya menanti kepulangan Yana? Adakah Misha menyesal dengan perbuatannya yang berkahwin dengan Nordin tanpa persetujuan anak-anaknya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 May 2025

Misi Berbasikal Amar Baharin Akhirnya Tamat Di Madinah, Amyra Rosli Luah Rasa Bangga!

Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila misi kayuhan suaminya, Amar Baharin berakhir.

Featured Thu, 2 Mar 2023

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

‘Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf.. Luluh hati menghadap perkara ni’ – Azhan Rani 😥 Apapun guys, kita doakan Fasha segera sembuh ya 🤲🏻🥹

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Tue, 23 Aug 2022

“Saya Tahu Diri Saya” – Ali Reza Nafi Jadi Punca Perceraian Pelakon?

Pelakon meningkat naik, Ali Reza tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan perceraian rumah tangga seorang pelakon. Ali Reza atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia dengan pelakon […]

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
error: Content is protected !!