Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2024 @ 6:38pm

Naim Daniel Kesal Individu Ugut Bunuh Ibu Bapa Mengaku Terpengaruh Dengan Perbuatan Orang Lain – “Saya Ceramah Dia 3 Jam!”

Penyanyi, Naim Daniel bersemuka dengan individu yang membuat kenyataan berbaur ugutan sehingga mengancam keselamatan keluarganya, baru-baru ini.

Ketika bertemu dengan si pelaku di balai polis, Naim berkata dia sempat ‘sekolahkan’ individu berkenaan serta bertanya mengenai tujuannya melemparkan kata-kata ugutan itu.

Pelantun lagu Sumpah ini malah tergamam dan sedih mendengar jawapan individu tersebut yang mengakui melakukan perkara sedemikian gara-gara terpengaruh dengan perbuatan orang lain.

“Pada waktu itu, saya melihat dia dalam keadaan bergari. Saya terus tanya pada dia, ‘kau tak menyesal ke masuk penjara semata-mata kecam aku?’

“Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya dia sedar dengan apa yang dia buat.

“Namun, dia hanya jawab pada saya tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut-ikut dengan orang lain. Terus saya rasa macam tergamam sekejap,” katanya.

Sementara itu, Naim mendedahkan dia telah memadam sebanyak 2,000 komen berbaur negatif yang membanjiri perkongsiannya di Instagram sehingga mencetuskan kontroversi, sebelum ini.

Naim Daniel

Bagaimanapun, Naim tidak menyalahkan netizen yang mengecamnya kerana mempercayai setiap individu mempunyai pemahaman berbeza.

“Saya dah padam 2,000 komen berbaur negatif dalam video saya. Malah, saya pun dah mula berdamai dengan masyarakat dan mungkin fahaman mereka agak berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan pada waktu itu.

“Saya tidak menyalahkan mereka. Mungkin cara penyampaian sendiri pun salah sehingga mereka berani melakukan tindakan sebegitu rupa,” tuturnya lagi.

Terdahulu, Naim telah memfailkan lapora polis terhadap individu yang bertindak melemparkan kenyataan berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.

Individu berusia 24 tahun itu direman pada pertengahan Mei lalu di Perak.

Artikel Berkaitan: Lantang Bersuara Isu #Blockout2024, Naim Daniel Terima Komen Kesat, Diancam & Ibu bapa Dihina -“Apakah Dihalalkan Untuk Mencaci Maki Tanpa Usul Periksa?”

Artikel Berkaitan: “Kau Suruh Orang Boikot, Tapi Kau Jatuh Hukum Sendiri Macam Tak Belajar Adab” – Netizen Bengang, Dakwa Naim Daniel Pertahan Rakan Artis Isu #Blockout2024

Artikel Berkaitan: “Semoga Jadi Hamba Tuhan, Bukan Content” – Naim Daniel

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Events Wed, 4 Mar 2020

[VIDEO] Ini Rancangan TV Terakhir Abam Sebelum ‘Pergi’, Confirm Bikin Ramai Netizen Sebak!

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Trending Tue, 13 Aug 2019
Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Tue, 25 Jan 2022
Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Tue, 3 Apr 2018

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Diana Danielle Kongsi Tips Lawan ‘Anxiety Attack’

One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously.

error: Content is protected !!