Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2024 @ 1:48pm

[VIDEO] Mesra Bersama Jejaka Kulit Gelap, Anim Ezati Dah Kahwin Baharu? – “Okay Kan Taste Kita…Yang Penting Tak Taste Laki Orang”

Pengacara dan personaliti TV, Anim Ezati mencuri tumpuan warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Anim atau nama lengkapnya Anim Ezati Rizki, 32, memuat naik sebuah video yang memaparkan dia bersama seorang jejaka.

Dalam video berdurasi 14 saat tersebut, ibu tunggal itu berkongsi momen mesra dia bersama seorang jejaka berkulit gelap.

Antara momen-momen mesra yang dikongsikan Anim adalah seperti mereka berpegangan tangan, makan bersuap dan berpeluk seolah-olah seperti pasangan suami isteri.

“Kitanya pula baru hari ke-3 bercinta,” tulis Anim di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, difahamkan jejaka tersebut turut meninggalkan komen di perkongsian Anim itu.

Anim juga turut membalas komen-komen pengikut dengan menyatakan dia selesa dengan jejaka pilihannya itu dan yang penting bukan berstatus suami orang.

Anim Ezati

Tinjau di ruangan komen lagi, ada juga yang mengucapkan selamat pengantin baru dan beranggapan Anim dan jejaka tersebut sudah mendirikan rumah tangga.

Anim Ezati Anim Ezati

Terdahulu, Anim pernah menyulam cinta bersama pelakon, Taufiq Hanafi pada pertengahan tahun lalu namun putus di tengah jalan.

Untuk rekod, Anim pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadli Sahudin pada 2019 namun mahligai yang dibina tidak kekal lama apabila bercerai pada awal tahun 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yara Alanna Khalsom yang kini berusia empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Taufiq Hanafi, Anim Ezati Sedang Bercinta… Harap Hubungan Sampai Ke Jenjang Pelamin – “Dia Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: Anim Ezati Kini Berstatus Ibu Tunggal – “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Langsung Kongsi Perkara Begini”

ARTIKEL BERKAITAN: ” Saya Takut Dan Tidak Bersedia!” – Anim Ezati Akhirnya Kongsi Berita Gembira

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tak Sia-Sia Bawa Pelamin Ke Pentas AJL 33, Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik

Menerusi tinjauan kami di laman Youtube TV3, video persembahan yang mendapat standing ovation membuatkan persembahan ini turut trending di Twitter.

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

‘Mereka risau bila dah tiada macam mana saya nak sembah doa untuk ibu bapa’ – Andy Teh

Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Featured Thu, 29 Dec 2022

Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Allah Maha Adil. Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Tue, 1 Dec 2020
Hiburan Sun, 3 Jun 2018

自嘲猛吃肉骨茶发胖 A-Lin实际行动回馈歌迷

睽违大马两年的天生歌姬 A-Lin重回大马舞台,拿起歌迷手机自录唱歌影片, 向粉丝讨教国语, 又与幸运歌迷对唱,最后还来个双「安可」让大马粉丝大喊:赚到了!

error: Content is protected !!