Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 20, 2024 @ 12:03pm

Ozlynn Puji Johan ‘Handsome’ Berimej Botak – “Dia Buat Kerana Allah”

Pelakon Ozlynn tampil berkongsi imej terbaharu suaminya yang juga penyampai radio, Johan yang sudah mencukur bersih rambutnya sehingga botak.

Umum tahu, Ozlynn dan Johan kini sedang menjalani ibadah haji di Tanah Suci Makkah, sejak 7 Jun lalu.

Menurut Ozlynn, Johan yang sebelum ini terkenal dengan imej berambut panjang dan kerinting itu nekad untuk mencukur bersih rambutnya kerana Sang Pencipta.

Malah, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur dan memuji imej terbaharu suaminya itu.

“Ensem suami saya.. dia cakap dia buat kerana Allah bukan kerana manusia.. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn turut terhibur dengan gelagat suaminya itu yang mahu mencuci rambut meskipun sudah botak.

“Tak ada rambut pun nak bersyampu. Rambut tak ada nak bersyampu bagai. Balik jangan nak rapat-rapat dengan I, tidur bilik lain,” usiknya.

Lebih mencuri perhatian, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa kagum apabila mendengar Johan fasih berkomunikasi dalam bahasa Arab bersama individu yang mencuci kepalanya itu.

Malah, ramai yang turut mendoakan agar Ozlynn dan Johan menerima haji yang mabrur di ruangan komen.

“Johan ni tak kosong… Johan penuh dengan isi.

“Banyak rambut dia bawak pi tanah haram dan cukur… untung besar tu.

“SubhanAllah.. macam bahasa Johan boleh bercakap.. bagusnya.. Alhamdulillah.. semoga ibadah Haji dan Hajjah diterima Allah.

“Wahhh haji mabrur buat abang Johan dan isteri tercinta. Barakallahufik,” komen pengikutnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jun 2025

Bergayut Lebih 48 Jam, Ini Respons Ameera Khan – “Saya Clingy, Jefri Nichol Juga Clingy”

48 jam bergayut tanpa henti tidak menjadi masalah buat Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Featured Tue, 28 May 2024
Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Hiburan Fri, 2 Aug 2024
Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Featured Sun, 28 Jan 2024
Trending Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!