Euforia Bola 2026
Agama By: Khairil Khusyairi June 24, 2024 @ 2:00pm

Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Kecoh di aplikasi WhatsApp apabila tular sebuah notis dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penangguhan program ceramah dan kuliah agama membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don.

Menurut laporan Harian Metro, notis bertarikh 21 Jun 2024 itu tertera penangguhan membabitkan penceramah berkenaan merangkumi semua agensi dan institusi masjid, surau serta musollah di Selangor.

“Sehubungan dengan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.

“Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

“Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula,” kata kandungan notis itu yang turut diterima pihak Harian Metro.

Di akhir notis yang tertera tandatangan Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu turut bertulis salinan kepada beberapa pihak.

Sementara itu, Mohd Shahzihan yang dihubungi enggan mengulas ketika diajukan perkara berkenaan.

Usaha Harian Metro menghubungi pihak Ustaz Don turut belum menerima sebarang maklum balas.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman membuat pengumuman mengejut dengan merehatkan terus Ustaz Don Daniyal daripada mengendalikan program tersebut.

Ia ekoran timbul dakwaan mengatakan Ustaz Don berkongsi hadis tanpa sanad atau sumber apabila menyatakan memandang wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 ekor kuda ke jalan Allah.

Malah, pendakwah selebriti itu turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Maafkan Semua Orang” – Ustaz Don Nafi Ingkar Arahan, Tak Sebut Langsung Hadis Tetapi Petik Kitab 

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Bersiaran

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Status Hadis, Keputusan Rehatkan Ustaz Don Daniyal Kekal Untuk Elakkan Berlaku Perbalahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Ilmiah Dedah Ustaz Don Daniyal Guna 54 Hadis Bermasalah Dalam Sebuah Rancangan TV?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Status Hadis, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ustaz Don Perjelas Dakwaan Sebar Dakwah Guna Hadis Palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 31 Dec 2023

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Alhamdulillah, dah sedar. Semoga suami terus sihat seperti sedia kala…Amin🤲🏻

Events Tue, 12 Jul 2022
Trending Mon, 1 Apr 2024

Kasih Ibu Lah Yang Membuatkan Sahur Kami Lebih Sempurna!

Apabila tiba bulan Ramadan, dua waktu yang menjadi fokus orang ramai tentunya waktu sahur dan juga berbuka. Sebabnya pada ketika ini orang ramai akan menjamah makanan serta minuman sebelum mula berpuasa atau berbuka. Selain itu, […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Bukan sebab orang ketiga ya!

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Netizen pun, agak-agaklah kan bila tengah menulis?

Hiburan Sun, 17 Nov 2019
error: Content is protected !!