Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari June 27, 2024 @ 9:50pm

Gandingan Legenda Jacky Cheung & Nicholas Tse Dalam Filem Aksi ‘Customs Frontline’, Bakal Tayang Di Malaysia Pada 5 Julai Ini

Mendapat sambutan hangat ditayangan 26th Far East Film Festival di Udine, Itali Mei lalu, filem Customs Frontline bakal memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024.

Customs Frontline yang menerima sentuhan emas sutradara, Herman Yau bukan sebuah naskhah klise tentang barisan hadapan (frontline) biasa tetapi mengangkat kepayahan, semangat juang dan kecekapan anggota Kastam Hong Kong membanteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.

Bagaimanapun menerusi Customs Frontline yang diproduksi Jason Siu, penonton akan didedahkan dengan kecekapan para anggota kastam membanteras jenayah melalui kesan lakon layar terbaik yang diterajui Erica Li dan Eric Lee.

Tentu sahaja sesebuah filem tidak akan ‘bersinar’ tanpa bintang-bintang hebat yang memukau penonton saat ditayangkan di layar lebar.

Filem dibintangi pelakon kaliber dan penampilan perdana legendaris Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat berganding mantap dengan Nicholas Tse, Karena Lam, Yase Liu dan Francis Ng.

Nicholas Tse Pertama Kali Jadi Koreografer Aksi

Nicholas Tse memegang watak Chow Ching-lai juga menjadi koreografer aksi pertama dalam filem yang digarap selama dua tahun ini.

Dia menzahirkan keterujaan dalam penglibatan filem ini bukan sekadar berganding dengan pesohor seperti Jacky Cheung tetapi dapat merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaan selama ini.

“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi Jackie Chan dan Donnie Yen.

“Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babal aksi dalam filem Hong Kong.

“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” katanya.

Pernah merangkul anugerah Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31, dia juga mahu membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan mendiang Pengarah Benny Chan menerusi dunia sinema Hong Kong seperti dalam filem Gen- X Cops, New Police Story, Shaolin dan Raging Fire.

Malah, Cheung juga menyifatkan kolaborasi dengan Tse dalam filem ini sebagai kesungguhan yang luar biasa dari aspek aksi dan lakonan unik yang ditonjolkan.

“Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya di Customs Frontline,” katanya.

Dipenuhi dengan aksi, Customs Frontline mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kastam Hong Kong termasuk membenarkan penggambaran dijalankan di beberapa lokasi penting seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk lebih realistik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton Customs Frontline di pawagam berhampiran anda bermula 5 Julai 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp […]

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Tak Ikut Jejak Seni… Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Lebih Suka Baca Buku & Belajar

Bagusnya anak Kak Ogy! Lagi pula, dunia seni banyak cabaran tau!

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Trending Wed, 10 Nov 2021

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah […]

error: Content is protected !!