Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2024 @ 6:07pm

Syatilla Melvin Sebak Syeriv Tawar Diri Nak Jadi Imam – “Merambu Air Mata Bila Dengar Bacaan Anak Dalam Solat”

Pelakon, Syatilla Melvin meluahkan rasa sebak apabila anak sulungnya Syeriv Samheizy menawarkan diri untuk menjadi imam ketika mereka solat bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, isteri aktor popular Shaheizy Sam itu tidak dapat henti mengalirkan air mata saat mengenangkan momen indah bersama anaknya itu.

“Sekadar berkongsi.. Anak bubu (panggilan Syatillah) dan bapak dah boleh jadi imam. Ya Allah, sebak tak habis lagi bila teringat dia minta na kjadi imam bubu bulan lepas.

“Merambu air mata kita dalam sembahyang bila demgar anak baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh imam bubu solat Maghrib,” katanya.

Syatilla Melvin
Jelas Syatilla lagi, anaknya yang berusia 7 tahun itu dengan rela hati mahu menjadi imam tanpa sebarang paksaan.

“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga.

“Doakan Syeriv menjadi anak soleh dunia akhiratm dapat jaga bimbing adik-adik buat kebaikan,” tulisnya lagi di kapsyen.

Syatilla Melvin

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya turut meluahkan rasa terharu serta mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini kerana berjaya mendidik anak dengan baik.

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, 7, Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, satu tahun.

Artikel Berkaitan: Muntah-Muntah Berterusan Hingga Mata Jadi Merah, Syatilla Melvin Lemah & Tiada Tenaga – “Entah Virus Apa…”  

Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Jalani Rawatan Fisioterapi, Syukur Ramai Titip Doa – “Tak Sangka Aku Insan Terpilih”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.   […]

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

Trending Tue, 22 May 2018

Cuaca Panas Luar Biasa, 65 Maut Di Pakistan

Lebih meresahkan, orang Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan dilihat ternanti-nanti waktu berbuka puasa kerana cuaca panas luar biasa itu amat mencabar buat mereka.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

‘ Lagu Allahyarham Peneman Jiwa Saya’, Menteri Kewangan Terkesan Kehilangan Saleem

Guan Eng menulis lagu-lagu nyanyian Saleem menjadi peneman jiwanya ketika aktif sebagai pemimpin pembangkang suatu ketika dahulu.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

‘Taman Keabadian’ Jadi Hadiah Istimewa Aishah Untuk Peminat Setia

Sedap buah tangan terbaharu Datuk Asihah, love sangat!

Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

error: Content is protected !!