Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2024 @ 4:38pm

Keith Foo Berang Dituduh Bercinta Dengan Tiz Zaqyah – “Rapat Hanya Sebagai Kawan”

Pelakon, Keith Foo berang apabila ada segelintir pihak masih mengaitkan namanya bersama aktres, Tiz Zaqyah.

Menerusi sebuah video tular, Keith Foo atau nama lengkapnya Foo Chuan Chin, 41 menjelaskan dia dan Tiz tidak pernah menjalin hubungan cinta seperti didakwa netizen.

“Sejak bila aku couple dengan Tiz. Aku pun tak tahu. Netizen yang lebih tahu, semua pandai-pandai sahaja. Lepas tu buat cerita dongeng.

“Tapi diri aku sendiri, yang hidup dalam badan aku, aku pun tak tahu aku couple dengan Tiz,” katanya.

Keith berkata demikian dalam video siaran langsung bersama kekasihnya, Riena Diana di TikTok, baru-baru ini.

Keith Foo
Hubungan cinta antara Keith dan Tiz mula menjadi sebutan dan dakwaan ramai selepas mereka berkongsi video mesra berpegangan tangan dan berpelukan pada Mei tahun lalu.

Keakraban antara mereka itu menimbulkan spekulasi ramai yang bertanya mengenai status sebenar hubungan mereka.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Keith berkata dia hanya menganggap aktres drama popular Nur Kasih itu sekadar teman rapat dan tidak pernah bercinta seperti didakwa ramai.

Keith Foo

Susulan itu, Keith kini sudah menemui kebahagiaan dan sedang menjalani hubungan cinta bersama aktres drama komedi popular, Kampung People.

Sekadar info, Keith pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun.

Artikel Berkaitan: Tiada Masalah Bercinta Beza Agama, Keith Foo Terbuka Dalami Agama Islam

Artikel Berkaitan: Riena Diana Sedang Bahagia, Nafi ‘Sailang’ Keith Foo Daripada Tiz Zaqyah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Kendall Jenner Dan Boyfriend Rancang Ambil Anak Angkat?

Ambil anak angkat pun best jugak kan! Just wait and see.

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

Kita doakan yang terbaik untuk Lufya & suami…

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Featured Mon, 9 Dec 2024
Featured Wed, 11 Mar 2026

Sharifah Aryana Kini Berhijab – “Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik”

Pelakon Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana Alyahya berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengenakan hijab sebagai langkah perubahan yang lebih baik dalam hidupnya.

error: Content is protected !!