Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 1, 2024 @ 1:08pm

Model Seksi, Nadira Isaac Terkejut Nama Dipetik Jadi Punca Perceraian Harith Iskander – “I Don’t Ever Have His Number”

Model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac menafikan menjadi punca kepada perceraian Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine.

Menerusi rakaman suara yang dikongsikan akaun Instagram sebuah program hiburan, Nadhira menjelaskan, pertemuannya dengan Harith adalah pada November 2021 di atas sebuah kapal Yacht, namun tidak berkomunikasi selepas itu termasuklah tidak mengikuti di laman sosial masing-masing.

Selain itu, Nadhira memaklumkan, Harith dan isterinya hanyalah sekadar kawan dan mereka cuma beberapa kali sahaja bertemu.

“Sejujurnya YES, saya terkejut bila nama saya dipetik. Saya, Dr Jezamine dan Harith hanyalah kawan dan kita hanya berjumpa beberapa kali.

“Saya kenal Harith Iskander lebih kurang 2021 dan sebenarnya tak pernah communicate secara peribadi pun. Kita hanya berjumpa dekat event, infront of Dr Jezamine and we don’t follow each other on Instagram and i don’t ever have his number,” ulasnya.

Mengaku dirinya menerima kecaman hebat dalam kalangan warganet, Nadhira berkata, tindakan menggelarkannya sebagai penyondol tidak baik untuk reputasi dan imejnya.

“Yes, of course saya kena hentam teruk dekat TikTok, dekat Instagram, orang cakap saya penyondol, obviously is not good for my image and my reputation.

“Video yang atas yatch tu lebih kurang November 2021 dan berkomunikasi tu… saya lebih rapat dengan Dr Jezamine daripada Harith sebenarnya,” katanya.

Tidak mahu dirinya terus menerus dilabel sebagai punca perceraian pelawak itu, model cantik ini bagaimanapun tidak menyalahkan netizen dan menganggap kontroversi yang bertebaran hanyalah salah faham.

“Saya tak terkilan dan salahkan netizen disebabkan benda ni hanyalah salah faham,” jelasnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

 

Artikel Berkaitan: Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Artikel Berkaitan:Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Artikel Berkaitan:“Saya Buat Hal, Jezamine Memberikan Kemaafan” – Berpisah Keputusan Bersama, Harith Iskander Beri Penjelasan Isu Perceraian

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 May 2023

“Dialog Tak Semua Tepat.. Tetapi Peristiwa 23 Tahun Itu Tinggal Kesan Mendalam” – Perdana Menteri Sukar Tonton Filem Anwar: The Untold Story

“Keadaan sebenar ketika saya dalam lokap dahulu lebih parah.. gelap sepanjang masa” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Trending Tue, 9 Oct 2018

Dua Individu Dilaporkan Meninggal Dunia Keracunan Makan Laksa, Kes Kini Dalam Siasatan

Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak  menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa.

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Trending Sat, 8 Sep 2018

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Rasanya ramai kot pernah mengalami situasi yang sama dimana setiap kali pegang besi akan rasa macam direnjat elektrik. Betul tak?

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Sufian Suhaimi Minta Netizen Move On!

Jadi netizen tolong move on okay!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Nabil Ahmad Dah Sedia Tukar Kerjaya?

Mencontohi pelawak terkenal, Shuib yang kini sibuk dengan perniagaan madu asli, Nabil juga mahu lakukan perkara yang sama. Buat masa ini, Nabil sedang usahakan perniagaan kosmetik & pakaian!

Featured Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

error: Content is protected !!