Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 4:48pm

Insiden Maid Bawa Lelaki Masuk Rumah, Isteri Dr Say Skeptikal Dengan Pembantu Negara Seberang

Insiden pembantu rumah membawa masuk dua lelaki tidak dikenali ke rumah memberi kesan mendalam kepada isteri personaliti media sosial, Dr Say Shahzril iaitu Dr Azura Abas.

Dr Say menjelaskan kejadian tersebut membuatkan Dr Azura mempunyai perasaan was-was untuk mengambil pembantu rumah dari seberang.

Dr Say

Namun Dr Say turut menjelaskan mereka tidak serik disebalik kejadian tersebut kerana memerlukan khidmat pembantu rumah dek kekangan masa mengemas rumah dan sebagainya.

“Isteri saya jadi sedikit skeptikal dengan maid Indonesia. Tetapi kami tak serik untuk mengupah maid sebab kami memang memerlukan, kerja tak menentu.

“Isteri saya juga akan larang saya untuk mengadakan perbualan yang tidak berkaitan dengan kerja seperti tanya mengenai keluarga kepada pembantu rumah.

“Malah kami juga semakin mengawal dan mengetatkan perbuatan pembantu rumah, semakin ketat. Bukan nak jadi tak berperikemanusiaan cuma mengambil langkah berjaga-jaga terhadap insiden lalu,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini kes tersebut, Dr Say yang merupakan doktor perubatan itu memaklumkan salah seorang maid Indonesia telah dihalau dari rumah dan hanya pembantu rumah dari Filipina sahaja yang masih berkhidmat.

Sebelum ini, Dr Say mendedahkan kedua-dua pembantu rumah yang sebelum ini kantoi membawa masuk dua lelaki ke dalam kediamannya itu berkemungkinan telah dibayar.

Terdahulu, bapa kepada tiga cahaya mata itu berdepan detik cemas apabila dua pembantu rumahnya tergamak membawa masuk dua lelaki sewaktu dia dan isteri berada di rumah dalam satu kejadian pada Isnin.

Susulan itu, dia telah menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum memecah masuk bilik pembantunya dan kantoi dua lelaki sedang menyorok di dalam selimut dengan keadaan tidak berbaju.

Artikel Berkaitan: Dr Say Dedah Maid Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah Dibayar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Sep 2020
Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.

Trending Mon, 13 May 2019

Di Mana Haji Ramli? Hilang Sejak Isnin Lalu, Keluarga Mohon Bantuan Netizen!

Pencariannya turut dilakukan di kawasan berdekatan dan kawasan hospital namun masih gagal ditemui sehingga kini. Haji Ramli, berusia 85 tahun turut menghidapi penyakit darah tinggi.

Featured Tue, 23 Apr 2024
error: Content is protected !!