Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 1:53pm

Iqram Dinzly Tak Ada Niat Masuk Campur Hal Rumah Tangga Shuk Sahar, Fara Salleh

Pelakon, Iqram Dinzly tiada niat untuk mecampuri urusan rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh.

Ketika ditemui XTRA, Iqram menjelaskan dia hanya tidak berseuju dengan tindakan Fara yang sewenangnya membuka aib suami di media sosial.

“Saya bukan nak masuk campur rumah tangga dia, saya cuma nak mempertahankan Shuk kerana tidak adil untuk dia yang tidak berceriita buruk mengenai isterinya.

“Saya juga bukan nak burukkan isteri Shuk tapi kenyataan sebelum ini adalah satu teguran supaya tidak menjadi ciri-ciri wanita akhir zaman yang mana aib suka dibuka dengan secela-celanya.

“Bila isteri dia keluarkan perkara itu nampak macam Shuk buruk sangat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kita perlu jaga adab walau seburuk mana sekalipun isteri atau suami itu. Sebolehnya kita cuba tutup aib antara satu sama lain dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ketika disoal sama ada ujian rumah tangga yang berlaku kepada Fara adalah satu karma kerana meruntuhkan perkahwinan pertama Shuk seperti dikritik orang ramai, Iqram berharap netizen tidak terus menghukum mana-mana pihak.

“Saya risau baca komen netizen sekarang. Soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Illahi. Saya tak boleh nak katakan apa yang berlaku adalah kifarah atau karma kerana saya tidak tahu masalah rumah tangga lebih mendalam.

“Saya harap netizen pun janganlah terlalu menghukumi. Saya tahu netizen pun geram dengan apa yang berlaku, tapi saya rasa janganlah bangkitkan kisah silam mereka.

“Ini adalah ujian rumah tangga mereka. Setiap pasangan yang berkahwin, akan melalui ujian. Walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tahu serba sedikit.

“Kita doakan yang baik-baik buat mereka,” katanya.

Pada Isnin lalu, kenyataan Fara di platform media sosial Threads miliknya meraih perhatian selepas dia secara terbuka mengakui menyesal mendirikan rumah tangga bersama Shuk.

Difahamkan, Fara sudah hilang sabar dengan perangai suaminya yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada rakan rapat pelawak itu.

Artikel Berkaitan: Sound Iqram Dinzly, Fara Salleh Anggap Kawan- Kawan Shuk Menyemak!

Artikel Berkaitan: Dedah Perangai Shuk Sahar, Iqram Dinzly Nasihat Jangan Percaya Fara Salleh – “Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Trending Fri, 16 Apr 2021
Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Featured Wed, 18 Jun 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Makin ‘Power’ Buat Pickup Line – “Patutlah Awak Selalu Ada Dalam Mimpi Saya”

Syed Saddiq dan Bella kelihatan merakamkan momen bersama berjudul, ‘ A Day With My Boss’.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Sheila Rusly Bawa Diri?

Jangan bawa diri jauh-jauh, pleaseeee…

error: Content is protected !!