Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 9:06am

Terus Pukau Hati Orang Ramai, Hannah Delisha Jadi Wajah Pelaris

Selebriti cantik, Hannah Delisha berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasa dalam dunia hiburan, terus mengukir nama sebagai antara artis paling bersinar di Malaysia.

Dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan pelakon, tetapi juga sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial, Hannah Delisha berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh gemilang.

Dalam bidang nyanyian, Hannah Delisha mula mencuri perhatian ramai dengan lagu- lagu hitnya yang memaparkan vokal yang mantap dan melodi yang menarik. Kejayaan dalam dunia muziknya membuka jalan untuk kerjaya dalam bidang lakonan, di mana Hannah membintangi pelbagai drama dan filem yang mendapat sambutan hangat.

Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.

Pengaruh Hannah dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.

Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.

Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan. Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi dan model profesional, Beau3 Milk by CONBOO sememangnya menjadi bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat keseluruhannya sambil mengekalkan unsur-unsur mencantikkan, menyerlah dan menyerikan tekstur kulit saya,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.

“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Meruntun Jiwa, Bawa Sekotak Tisu Sebelum Tonton Filem Pulang!

Para pelakon mendapat tunjuk ajar daripada Puan Fatimah Abu Bakar dalam menjiwai watak agar nampak lebih real…

Trending Tue, 14 Jan 2020

Polis Trafik Eskot Berlanggar Dengan Kereta Pengiring Raja Puan Besar Perak

Satu kemalangan langar belakang melibatkan anggota BSPTD dengan kereta pengiring Raja Puan Besar Perak di lampu isyarat Lawan Kuda Kampar, Perak. Kejadian berlaku ketika penugasan eskot Raja Puan Besar Perak sempena program lawatan ke Makam […]

Featured Mon, 15 Dec 2025

“Sekarang Nak Cari Wife Yang Pandai Potong Bawang & Lipat Baju Pun Susah”- Fazley Yaakob

Fazley membandingkan nasihat orang tua terdahulu dengan situasi generasi hari ini yang menurutnya semakin berbeza.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Akim Lawan Dengan Isterinya!

Haa gaduh ke lawan ni?

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

Featured Mon, 30 Dec 2024
error: Content is protected !!