Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2024 @ 2:43pm

“Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah Ismail

Ibu kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mengakui mengalirkan air mata setelah mendapat berita mengenai perceraian anaknya itu dengan bekas menantu, Ira Kazar.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam mendoakan agar urusan kehidupan pengarah filem Munafik itu akan dipermudah.

“Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anak ku mengharungi takdir hidupnya seorang diri namun doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Pada jam 10:30 pagi Khamis, Syamsul dan Ira sah berpisah talak satu selepas Hakim Syarie Mohd Faizal mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Alhamdulillah, Selesai” – Bercerai Dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar Enggan Respons Lanjut

Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Dec 2024

Adik Ogy Ahmad Daud Meninggal Dunia

Adik Ogy Ahmad Daud meninggal dunia

Filem Thu, 3 Nov 2022

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya. @sajatofficialtiktok DAHI SAJAT 3 JELA! DAHI KORG BERAPA ? #sajat #fyp […]

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 6 Oct 2025

“Kekal Kental Bersama”: NESCAFÉ Raikan Semangat Juang Rakyat Malaysia

Sempena Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ Malaysia meraikan semangat dan ketabahan rakyat Malaysia melalui kempen aspirasi “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, simbol kekuatan, perpaduan dan semangat untuk terus maju ke hadapan. Kempen ini turut menampilkan […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Sat, 5 Apr 2025

Penyanyi Rap Popular 90-an Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap 90-an, Nico meninggal dunia dalam tidur.

Featured Thu, 31 Jul 2025

Apa Cerita Podcast Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Apa Cerita Podcastjanji tampil dengan content memberi inspirasi.

Trending Tue, 13 Jul 2021
error: Content is protected !!