Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 5, 2024 @ 7:01am

Terus Sokong Bakat Baharu, Konsert Kedua Generasi DFP Bakal Diadakan 25 September Ini

Menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia, Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP.

Melalui inisiatif ini, DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara dan sebanyak 100 video ujibakat telah diterima dari artis/band berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Setelah melalui proses saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band telah disenarai pendek untuk membuat persembahan sulung di DFP. Mereka membawa pelbagai genre muzik yang bakal mencorakkan warna persembahan yang menarik di pentas DFP nanti.

Selepas sukses dengan konsert pertama, konsert kedua Generasi DFP bakal berlangsung pada Rabu, 25 September 2024 jam 8.30 malam menampilkan Amrita Soon, Dekwa Cuwa dan Ruebben Chelvan, dan kumpulan Cherry On Top dan Saiko-Rama.

Amrita Soon yang dilahirkan di Seremban ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang telah dianugerahkan Breakthrough YouTube Star di anugerah Digi. Beliau meraih perhatian apabila menulis lagu tema untuk filem Rain Town awal tahun ini. Beliau pernah membuat persembahan di USA, China dan Jepun.

Ruebben Chelvan ialah penyanyi/penulis lagu yang pernah melahirkan EP perdana bertajuk Live A Little, dan single Like Nobody Else dan Tell Me Softly, menyerlahkan evolusinya sebagai seorang artis. Beliau telah membuat persembahan serata Kuala Lumpur dan USA.

Dekwa Cuwa mendapat perhatian ramai apabila memuatnaik video nyanyian semula bersama abangnya di saluran YouTube. Beliau pernah membuat persembahan di TV dan terlibat dalam beberapa pertandingan nyanyian. Beliau pernah melahirkan single Sembunyi Hati, Trauma dan Kala Sang Suria Tenggelam.

Cherry On Top yang ditubuhkan tahun lepas ialah sebuah kumpulan rock progresif dianggotai enam pemuzik berbakat. Band ini baru sahaja melancarkan album EP yang mengandungi lima lagu dengan single utama Ketagih berduet dengan Datuk Syafinaz Selamat. Rock ialah genre teras kumpulan ini dengan gabungan elemen pop dan R&B.

Saiko-Rama yang berasal dari utara Malaysia ditubuhkan pada tahun 2019 dan dianggotai lima pemuzik. Proses rakaman album EP perdana mereka dilakukan ketika era pandemik. Semua lagu termasuk Sekali Lagi dan Aku memberikan ahli kumpulan ini satu kepuasan dan keyakinan untuk terus melangkah dalam industri muzik.

Dengan tiket bermula RM60 sehingga RM150, dapatkan informasi lanjut atau beli tiket menerusi laman web www.dfp.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 16 Apr 2026

Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

Pelakon Versatile, Rita Rudaini tampil memberikan respons susulan beberapa isu tular melibatkan rakan artis yang terpalit dalam hubungan toksik.

Featured Fri, 2 Apr 2021

12 April Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelang tiba.. Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat […]

Trending Wed, 3 Feb 2021
Featured Wed, 6 Jul 2022
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!