Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2024 @ 12:48pm

Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, selebriti Nur Fazura seperti yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fattah menegaskan dia tidak mempunyai sosok wanita lain dalam hati, melainkan isteri tersayang.

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini,” katanya.

Industri hiburan dikejutkan dengan berita aktres jelita, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam, semalam.

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Dalam pada itu, Fattah akui terkejut apabila mendapat perkhabaran isterinya memfailkan perceraian terhadapnya menerusi berita tular di media sosial.

Sedih dengan keadaan tersebut, Fattah bagaimanapun dengan rasa sayu meluahkan rasa cintanya terhadap Fazura tidak pernah berubah.

“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon Anita Baharom, 38, memaklumkan khabar duka suaminya, Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi tadi. Difahamkan, arwah suami Anita meninggal dunia di […]

Filem Fri, 5 Jun 2026

Kak Mar Menghantui Semua! Filem Polong Cecah RM10 Juta, Bukti Naskhah Seram Tempatan Masih Jadi Pilihan Penonton

Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM10 juta di pawagam seluruh negara.

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Trending Thu, 2 Apr 2020
error: Content is protected !!