Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2024 @ 2:26pm

Nur Fazura Kongsi Video Anak Ucap Ulang Tahun, ‘Birthday’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian – “Ada Patung Fatima Dengan Daddy Saja… Mummy Mana?”

Selebriti dan aktres jelita, Nur Fazura memuat naik video dan ucapan istimewa daripada puteri sulungnya, Nur Fatima yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya, aktor Fattah Amin. 

Entri tersebut memaparkan antara momen-momen Fatima dan Fattah yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @fattzuralovelife yang dikendalikan sepenuhnya oleh Fazura.

Turut tertera foto sebuah kek berona biru dikongsikan dalam hantaran sama, namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah dekorasi patung di kek tersebut hanya memaparkan Fattah sedang memangku Fatima di atas ribanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa di atas kek tersebut tiada patung Fazura yang dikatakan akan melengkapi dekorasi kek itu.

“Happy Birthday Daddy! I love you forever, Fatima,” tertulis di kek tersebut.

Nur Fazura

Bagaimanapun, difahamkan dekorasi kek itu dilakukan inspirasi daripada foto Fattah dan Fatima ketika mereka sedang bercuti yang turut disertakan dalam perkongsian itu.

“Happy Birthday Daddy, enjoy your special day,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap pergolakan rumah tangga mereka yang dalam fasa perceraian itu.

Ramai dalam kalangan netizen berharap agar kedua-dua pasangan selebriti itu dapat berbincang dengan baik demi menyelamatkan mahligai cinta mereka yang terbina selama 7 tahun itu.

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita aktres jelita, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam.

Sebelum ini, Fattah menafikan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya seperti yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Malah, aktor filem Pendekar Awang itu mengakui masih menyayangi Fazura sepenuh hatinya.

Terdahulu, timbul desas desus mendakwa Fattah menjalinkan hubungan sulit bersama penata gaya isterinya, dikenali sebagai Syira Atiqah yang kecoh di platform media sosial.

Rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi sebutan ramai apabila mereka dikatakan sudah jarang dilihat bersama.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Berkaitan: Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Kongsi Foto Bersama Fattah Amin, Ada Peminat Back Up – “Dia Hanya Post Pasal Drama”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Hitam Putih, Fazura Peluk Erat Fatima – “Semoga Awak Membesar Menjadi Seorang Yang Kuat & Tabah”

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin, Ayu Puteh Tampil Backup! – “Anak Saya Bukan Penyondol Atau Nak Publisiti”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

Cef Zam mempersoalkan alasan mereka yang dikatakan tergesa-gesa untuk pulang sebelum waktu berbuka puasa

Trending Wed, 18 Mar 2026

Trending Raya 2026: Ini 18 Iklan Raya Wajib Tonton

Debaran nak sambut Syawal tu makin hari makin terasa! Macam biasa, setiap tahun memang ramai yang tunggu kemunculan iklan atau filem pendek Raya daripada jenama-jenama terkenal tempatan. Bukan sekadar tontonan biasa, ada yang buat kita […]

Hiburan Sun, 18 Jan 2026

“Ada Beberapa Sebab Kenapa Saya Tidak Tunjuk Wajah Isteri” – Fahimi Rahmat

Fahimi Rahmat memilih untuk tidak mendedahkan wajah isteri & bercerita secara terperinci latar belakang pasangan demi menjaga privasi.

Hiburan Thu, 17 Jul 2025

“Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Alya Iman tak bersalah, tiada kaitan isu rumah tangga Yusof Bahrin, Zizi Kirana

error: Content is protected !!