Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2024 @ 5:41pm

Selamat Hari Jadi Tonton… Lebih Murah, Lebih Meriah, Lebih Gempak, Raikan Dengan Tawaran Hebat Serendah RM9.90!

Tonton, platform penstriman video kegemaran ramai, kini meraikan ulang tahunnya dengan cara paling hebat! Apa cara yang lebih baik untuk meraikan hari istimewa ini kalau bukan dengan tawaran paling gempak? Untuk tempoh terhad, nikmati langganan Tonton serendah RM9.90!

Ini bukan promosi biasa-biasa, ini tawaran luar biasa untuk semua peminat Tonton di luar sana. Bayangkan dengan harga super berbaloi ini, anda dapat menikmati pelbagai kandungan premium di Tonton. Anda boleh marathon tontonan drama, filem, dan animasi kesukaan anda bila-bila masa! Dari drama bersiri hingga ke filem blockbuster, semuanya boleh dilayan tanpa henti!

Khas kepada pelanggan CelcomDigi dan Maxis, anda sudah pun boleh membuat pembayaran melalui kaedah pembayaran terus dengan hanya beberapa klik! Tonton kini memperkenalkan kaedah pembayaran baru yang super mudah dan pantas, terus melalui rangkaian (direct carrier billing) ke platform kami.

Mudah kan? Tunggu apa lagi? Dengan tawaran langganan istimewa hanya RM9.00, anda boleh nikmati akses penuh tanpa batas kepada pelbagai program dan filem menarik sepanjang kempen ulang tahun ini. Jadi ayuh berhibur dan enjoy bersama Tonton!

Menurut Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios: “Hari yang istimewa ini, kita bukan sahaja menyambut ulang tahun Tonton, tetapi juga meraikan pencapaian bersama dalam membawa hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia. Semoga Tonton sentiasa menjadi platform penstriman video tempatan nombor satu di Malaysia dalam memberikan konten pelbagai dan berkualiti, penuh warna dan variasi untuk semua. Terus jadikan Tonton ‘feveret’ anda! Janji, Langgan Lagi Layan!”

Untuk anda yang sentiasa mencari kandungan menarik, Tonton ada segalanya! Dari drama romantik Salju Rindu Di Bumi Auckland, hingga ke K-drama epik Queen Woo dan filem seram komedi Saka Perawan, pasti ada sesuatu untuk setiap orang. Selain itu, kepada peminat animasi Jepun, anda pasti tak sabar menantikan Jujutsu Kaisen, Oshi No Ko dan banyak lagi yang bakal ditambah ke dalam koleksi Tonton. Episod terbaharu BLEACH Thousand-Year Blood War (Season 8) akan ditayangkan serentak dengan tayangan di Jepun tidak lama lagi!

Tambah Amir Rasyidi Johari selaku Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Pemasaran, Media Prima Berhad Ketua Pegawai Operasi, TV3 & Tonton, Rangkaian Televisyen Media Prima: “Pejam celik, pejam celik hari jadi Tonton dah kembali lagi! Tonton bukan sekadar aplikasi, ia adalah tempat kita lepak, berkongsi momen-momen best, dan layan filem serta drama terbaik tanpa henti dengan famili dan kawan-kawan, Terima kasih kepada semua geng setia Tonton dan yang baru subscribe, terima kasih jadi sebahagian dari keluarga besar kami. Jangan berhenti layan Tonton sebab banyak lagi rancangan eksklusif yang ‘onzzz’ dan eksklusif menanti anda semua! Sediakan popcorn dan jom jadikan ulang tahun Tonton kali ini paling epik!”

Tonton juga akan memperkenalkan barisan wajah-wajah baru yang akan menyerikan platform kami sepanjang kempen ulang tahun ini. Kenali Marsha, Aniq Durar, Mek Yun, dan Eiqa Maleq, yang akan menemani anda!

Tonton komited untuk memastikan anda dapat akses kepada hiburan terbaik! Tunggu apa lagi? Jom langgan Tonton hari ini dan raikan ulang tahun kami dengan penuh gaya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui […]

Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Tue, 5 Dec 2017

LILLY SINGH’S REACTION IN MEETING BTS AT THE AMA IS FTW!

Being the superwoman that she is, she then headed for the 2017 AMA to spread some good vibes of love and positivity, and of course to sing and dance along to all the fiery performances.

Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

Featured Wed, 15 Oct 2025
Trending Mon, 23 Nov 2020
Trending Wed, 20 Aug 2025

Kongsi Inspirasi Untuk Pembangunan Wanita Bestari… Erra Fazira Seru Kaum Hawa Seimbang Kerjaya & Keluarga

Erra Fazira menegaskan wanita masa kini bukan sahaja semakin berani ke hadapan, malah bijak memanfaatkan peluang untuk menonjolkan diri.

error: Content is protected !!