Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 4:28pm

Madammu Gesa Wanita Jadi Bijak, Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan ‘Bela’ Jantan – “Kenapa Nak Tanggung Lelaki, Siapa Ajar?”

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tampil menggesa kaum wanita supaya bertindak lebih bijak terutamanya dalam mencari dan membelanjakan pendapatan sendiri.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu berang selepas terdapat salah seorang pengguna media sosial yang menyatakan hasrat ingin ‘menanggung’ teman lelakinya.

“Saya ada teman lelaki yang kaki kikis. So, bolehlah nak tanggung dia kalau join ni (Madammu Dream Team),” soal individu tersebut.

Kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan, Madammu tampil menitipkan pesanan dan meminta agar wanita itu menjalankan perniagaan untuk diri sendiri dan bukannya untuk menanggung biawak hidup.

“Kenapa nak tanggung lelaki? Siapa ajar tanggung lelaki?

“You cari duit untuk diri sendiri, untuk awak joli… bukan untuk tanggung jantan, bukan untuk tanggung biawak hidup!,” ulasnya.

Dalam pada itu, Madammu berharap agar golongan wanita lebih bijak dan pandai menyelesaikan masalah sedemikian.

Mana tidaknya, mencari nafkah dan menanggung kehidupan seharian adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada golongan lelaki.

“Kita orang perempuan, kena jadi orang perempuan yang pandai, bijak. Kalau kau dah tahu lelaki tu biawak hidup.. daripada kau tanggung dia, baik kau tanggung mak engkau dekat kampung. Kalau nak tanggung jantan, jangan berniaga. Ada nak tanggung jantan pula.

“Sudah tahu boyfriend tu kaki kikis kau nyah kan dia, cari jantan lain. Macam tak ada jantan lain dalam dunia ni. Amboi… nak macam mana? Yang pendek, yang tinggi, yang gemuk, yang kurus semuanya ada.

“Daripada sakit hati nak menanggung jantan tu. Mana kau belajar ni?Jangan jadi perempuan yang sebegitu. Kita berniaga untuk diri kita. Ada pula nak tanggung jantan,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan usahawan jelita itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Trending Fri, 14 Aug 2020

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran!

TECH Fri, 2 Nov 2018

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Untuk laptop anda bertahan lebih lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang,kenalah jaga dengan betul.

Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️

Hiburan Tue, 7 Feb 2023
error: Content is protected !!